Takut Kantoi Dengan Isteri Beli PS5, Lelaki Minta ‘Juruteknik’ Menyamar Datang Pasang “Router Baru”, Nak Bagi ‘Internet Laju’

Seperti yang diketahui, orang ramai di seluruh dunia telah menikmati permainan PlayStation 5 (PS5) namun di beberapa negara, konsol itu baru sahaja dilancarkan.

Salah satu negara tersebut adalah Vietnam dan seperti kebiasaannya sesetengah lelaki yang sudah berkahwin pasti mempunyai ‘trick’ untuk membeli PS5 itu.

Terinspirasi dari video Plash Speed yang tular sebelum ini, seorang lelaki berjaya mengaburi mata ahli keluarganya dengan mengatakan bahawa PS5 itu merupakan jenama router baharu, lapor One More Game.

Katanya, ia perlu ‘dipasang’ kerana rangkaian internet mereka agak perlahan.

Kelihatan seorang juruteknik dengan seriusnya memasang ‘Plash Speed’ itu tanpa rasa bersalah.

PS5 tersebut bahkan dilekatkan dengan pelekat syarikat telekomunikasi untuk menampakkan ia router sebenar.

Ramai yang terhibur setelah melihat kisah yang tular di Facebook itu dan tidak menyangka bahawa animasi tersebut berlaku di dunia sebenar.

Sumber: One More Game

The post Takut Kantoi Dengan Isteri Beli PS5, Lelaki Minta ‘Juruteknik’ Menyamar Datang Pasang “Router Baru”, Nak Bagi ‘Internet Laju’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments