“Sukan Sepak Takraw Adalah Sukan ‘Gila’, Ibarat Campuran Futsal Dan Bola Tampar” – ESPN Australia/NZ

Sukan sepak takraw adalah sukan tradisional yang popular dimainkan sejak dahulu hinggalah tahun 2021 ini. Beberapa hari lepas pun baru sahaja selesai Sepak Takraw League yang menghimpunkan pemain-pemain sepak takraw terhebat Malaysia.

Media sukan antarabangsa, ESPN Australia dan New Zealand memuatnaik video sepak takraw dari pelbagai negara nusantara termasuk Malaysia. Apa yang menarik adalah kapsyen kiriman itu. “Sukan sepak takraw adalah sukan gila campuran Futsal dan Bola Tampar”.

Bagi mereka, sukan sepak takraw sangat unik dan ‘gila’ serta melabel sukan sepak takraw ibarat campuran sukan Futsal dan Bola Tampar. Sukan sepak takraw lazimnya dimainkan dengan 3 orang pemain dalam satu pasukan. Kiraan mata sehingga 21 mata.

Untuk format yang terkini, setiap pasukan diberi 3 kali servis sebelum pihak lawan membuat 3 kali servis pula. Sukan ini dimainkan dengan 3 posisi iaitu feeder (apit kiri), killer (apit kanan) dan tekong.

Servis dimulakan dengan tekong menghantar bola kepada pihak lawan dan pihak lawan hanya ada 3 kali sentuhan saja sebelum menghantar semula bola itu ke pihak lawan dengan teknik libasan yang unik.

The sport of sepak takraw is an insane mixture of futsal and volleyball.

The sport of sepak takraw is an insane mixture of futsal and volleyball.(via astroarenahd, sbyrne23/Instagram)

Posted by ESPN Australia / NZ on Thursday, March 4, 2021

Sumber: ESPN

The post “Sukan Sepak Takraw Adalah Sukan ‘Gila’, Ibarat Campuran Futsal Dan Bola Tampar” – ESPN Australia/NZ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments