“SPM Je Bukan Kiamat” – Dugaan SPM, Dilema Pelajar

Pernah bergelar seorang calon SPM? Pasti korang rindukan kenangan waktu sekolah dulu kan? Apa tidaknya, bertungkus-lumus untuk memastikan memperolehi keputusan yang cemerlang supaya masa depan lebih terjamin.

Ya, begitulah tanggapan kebanyakan orang yang menganggap SPM merupakan penentu masa depan. Memang tidak dinafikan, SPM yang korang duduki suatu masa dahulu sememangnya memberikan impak yang tinggi dalam perjalanan hidup korang.

Bagi yang berjaya, sememangnya satu pencapaian buatnya dan menjadi pemangkin kepada perjalanan hidup pada masa akan datang. Tapi, bagaimana dengan orang yang tidak berjaya? Pasti akan berasa down, malah ada yang menganggap masa depannya telah hancur.

Bagi yang tidak berjaya, pelbagai implikasi negatif akan dikenakan terhadap diri seseorang. Antaranya ialah tidak dapat membanggakan ibu bapa, risau masa depan tidak terjamin dan juga tidak mahu jadi bahan ejekan rakan sebaya.

Gambar: Laughing Colours

Disebabkan itulah, ada yang cuba meniru dalam peperiksaan ini. Apa susah sangat, intai je lah kawan kat sebelah tu kan. Tapi dengan pengawasan yang ketat, risiko untuk kantoi memang tinggi. Jadi, ada yang sanggup merancang strategi ‘meniru’ malah ada yang sampai ajak satu ‘batch’ untuk memastikan risiko kantoi dikurangkan.

“SPM je bukan kiamat”

Mungkin inilah dialog yang terngiang-ngiang di telinga pelajar-pelajar yang kurang mengambil berat terhadap peperiksaan SPM. 

Dan inilah yang menjadi inspirasi kepada drama siri premium terbaharu Astro Originals yang menyingkap kisah sekumpulan pelajar yang bertekad untuk meniru ketika SPM. Malah, drama ini terilham oleh kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar di negara kita. Jangan terkejut dengan realiti ini.  Watak-watak yang ada mungkin mengimbau semula kenangan sahabat-sahabat alam persekolahan korang yang terdiri daripada pelbagai ragam dan perangai. 

Kisah fiksyen ini diinspirasikan daripada pengalaman kehidupan pelajar dan gelagat mereka untuk menghadapi SPM. Seperti anda juga yang pernah bertungkus-lumus untuk menghadapi SPM, pelbagai ragam ditonjolkan sebelum menerima kertas soalan di dalam dewan peperiksaan. Namun, lain pula bagi kisah ini yang berkisarkan pilihan mereka yang ‘terpesong’ daripada persediaan sebenar untuk menghadapi SPM.

Dah rasa suspensnya? Sudah semestinya korang ingin mengetahui kesudahan serta nasib calon-calon SPM ini. Terdapat pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi. Mungkin ada di antara korang menyokong perbuatan mereka kerana kita semua faham betapa stresnyer peperiksaan ini. Ada juga mungkin mengeji tindakan mereka.  Yelah, tak adil kan… Yang lain berusaha dengan gigih tapi mereka ni selamba jer meniru.

Kalau korang nak tahu kesudahannya, kenalah ikuti kisah ini dalam series yang bakal ditayangkan di Astro bermula MALAM INI (15 Mac), setiap Isnin, jam 9 malam. Dengan kemunculan ramai pelakon hebat antaranya Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Chubb-E dan Shasha Abedul, kisah ini akan membawa mesej yang dapat dikaitkan dengan musim peperiksaan yang sedang berjalan pada waktu ini.

Projek Anchor SPM – Official Trailer [HD]

Saksikan Trailer drama premium Astro Originals, Projek Achor SPM yang paling dinantikan tahun 2021 diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia! Akan datang mulai 15 Mac ini, setiap Isnin, 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra.Anda juga boleh strim Projek Achor SPM di Astro GO atau ON Demand mulai 15 Mac ini.@daiyantrisha@aedyxashraf@shashaabedul@nadhirnasar_@official_jomego@donutfingerlicking@adlinamanramlie@tonyeusoff@hasnulrahmat@daniellasya@susan_lankaster#ProjekAnchorSPM#KitaKasiPas#SPMJeBukanKiamat#KantoiSPM#TiruSatuDosa#JanganTiruMacamSaya#AstroCitra#AstroOriginals

Posted by Astro Shaw Sdn Bhd on Tuesday, March 2, 2021

Siri premium terbaharu ini akan ditayangkan di slot Astro Originals menerusi Astro Citra (Saluran 108) dan kisah ini membawa kelainan di mana tidak mengetengahkan kisah-kisah lazim seperti kisah cinta, masalah rumah tangga atau waris kekayaan keluarga. Korang juga tak perlu risau sebab kisah ini boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan ianya sesuai untuk ditonton bersama seisi keluarga.

Tengok trailer kat atas ni pun dah gempak habis, mesti keseluruhan cerita ni akan buatkan penonton puas hati. Dah tak sabar nak tengok kan?

Selain di kaca TV, korang juga boleh menontonnya secara strim di platform Astro Go dan On Demand.

var innity_nativeAnalytic = innity_nativeAnalytic || {};

innity_nativeAnalytic.q = innity_nativeAnalytic.q || [];

innity_nativeAnalytic.q.push(function() {

innity_nativeAnalytic.track({campaignID: 36072, adID: 294801, readID: 294802, minAttention:10});

});

The post “SPM Je Bukan Kiamat” – Dugaan SPM, Dilema Pelajar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments