“Slowly But Surely…”, Tampil Lebih Bergaya, Wanita Kongsi Amalan Diet Hingga Berjaya Turun 20kg

Disiplin dalam menjaga pemakanan merupakan salah satu faktor utama yang perlu dititikberatkan apabila ingin menurunkan berat badan.

Diakui memang agak sukar untuk ‘berenggang’ dengan makanan kegemaran namun berkat kesabaran pasti akan membuahkan hasil.

Mungkin ada di antara anda yang ingin menurunkan berat badan tetapi tidak tahu untuk bermula dari mana.

Anda mungkin boleh terinspirasi dari usaha yang dilakukan oleh Roselinda Rosni dalam menurunkan berat badan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau berjaya menurunkan sebanyak 20kg.

As salam dan selamat pagi, kali kedua upload sebab dah cecah angka 7.. hihi. 16/11/2020 ( 98kg) dan 16/3/2021 (78kg), slowly but surely. Turun tak banyak tapi boleh laaaaa….hihi.

Gambar Via Roselinda Rosni

Cara diet saya mesti laaa DSSS, diet paling enjoy, tak stress, relax2 dan saya just buat jalan-jalan manja setiap hari dalam 3-5km. Pada yang start diet, good luck, mesti boleh punya, jangan risau.

Ditanya lebih lanjut mengenai tips dietnya, Roselinda berkata bahawa dia sangat menjaga portion dan kalori makanan.

Gambar Via Roselinda Rosni

Tidak cuma itu, dia juga akan joging atau berjalan 5km setiap hari mengikut kemampuannya.

“Saya stop makan sebelum jam 7 malam, kalau lapar saya akan makan buah,” katanya kepada SK.

Sumber: Roselinda Rosni

The post “Slowly But Surely…”, Tampil Lebih Bergaya, Wanita Kongsi Amalan Diet Hingga Berjaya Turun 20kg appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments