“Penduduk Langkawi Rindukan Tetamu Bertandang..”

Langkawi yang dulunya destinasi percutian yang seringkali didatangi pelancong dalam mahupun luar negara kini sekali lagi suram dan terjejas teruk akibat penularan pandemik ini.

Rata-rata daripada kita pasti merindui deruan ombak pantai dan ketenangan berada dipesisir Pantai Cenang. ‘Laksa ikan sekoq’ di Kuala Muda tak dilupakan, apatah lagi aktiviti borong coklat murah di Haji Ismail Group.

Semuanya berubah sekelip mata bukan sahaja Langkawi tetapi keseluruhan destinasi pelancongan di negara ini. Kehadiran pelancong yang semakin berkurangan menyebabkan majoriti penduduk Langkawi yang bergantung kepada aktiviti pelancongan hilang sumber pendapatan.

Ada beberapa hotel yang terpaksa menutup operasi, dan ada juga yang bergelut melakukan pelbagai usaha mempromosi Langkawi serta produk yang ditawarkan.

Video dibawah ini menunjukkan bagaimana Pantai Cenang yang dahulunya menjadi tumpuan dengan kegiatan sukan air dan bersantai terkubur tiba-tiba tanpa kehadiran pelancong serta sebarang aktiviti.

Bayangkan ‘beach boy’ yang sebelum ini mampu meraih RM100 ke RM300 sehari bergantung musim, tetapi sekarang langsung tidak berpendapatan. Wabak ini memberi impak besar kepada hampir semua penduduknya, bukan sahaja dari sektor pelancongan malahan ekonomi.

Dibawah perkongsian rata-rata pemilik penginapan di Langkawi yang berkongsi keadaan terkini di Langkawi yang sunyi tanpa ‘tamu’.

Sumber: Bernama, Heavenly Escape Holiday, Kashaway Langkawi, MJ Homestay Langkawi Murah, Rumah Bendang, Homestay Kampung Tok Lembut, Langkawi

The post “Penduduk Langkawi Rindukan Tetamu Bertandang..” appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments