PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada B40 Yang Hilang Pendapatan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan.

Selain daripada itu, bayaran tambahan sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1000 dan ke bawah.

Menurutnya, kedua-dua kategori ini melibatkan penerima yang berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses permohonan.

Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDN, kwsp dan PERKESO.

Tambahnya lagi, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

Sumber: Bernama TV

The post PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada B40 Yang Hilang Pendapatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments