Mampu Capai Sasaran Sejauh 600 Km, Korea Utara Lancar Peluru Berpandu

Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu mereka  pada Khamis, pelancaran kedua dalam masa kurang dari seminggu, menurut stesen penyiaran berita CNN Indonesia.

Setakat ini, masih belum dapat ditentukan jenis peluru berpandu yang digunakan oleh negara itu sama ada peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) atau bersaiz pendek, medium atau panjang.

Namun, projektil yang dilancarkan dikatakan mampu membawa kepala peledak seberat 2.5 tan dan mampu mencapai sasaran sejauh 600 kilometer (km).

Maklumat ini sekaligus bertentangan dengan kenyataan Korea Selatan dan Jepun yang menyatakan bahawa projektil berkenaan hanya dapat menempuh jarak sejauh 420-450 km, lapor CNN.

Agensi berita negara itu KCNA turut melaporkan bahawa pemimpin mereka, Kim Jong-un tidak hadir dalam upacara pelancaran peluru berpandu berkenaan.

Dia dikatakan menghadiri majlis lain di Pyongyang dan pelancaran peluru berpandu itu hanya dihadiri oleh pegawai biasa.

Sumber: CNN Indonesia

The post Mampu Capai Sasaran Sejauh 600 Km, Korea Utara Lancar Peluru Berpandu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments