Malang, Wanita Dilapor Maut Akibat Dilanggar Lori Bekas Teman Lelaki, Sebelum Didakwa Dirogol Orang Lain

Seorang lelaki dilapor sanggup memperkosa seorang wanita yang sedang cedera akibat dilanggar sebuah trak di Malang Indonesia, lapor Tribun News.

Menurut Tribun News, suspek AD telah memperkosa mangsa yang berusia 21 tahun di sebuah warung kosong dan meninggalkannya dalam keadaan tanpa pakaian di dalam semak pada Selasa, 23 Mac lalu.

Kejadian bermula apabila wanita malang itu dikatakan telah bertikam lidah dengan bekas kekasihnya,WY yang merupakan pemandu trak berkenaan masalah hubungan mereka.

Memetik kenyataan Ketua Polis Malang, AKBP Hendri Umar, mangsa dikatakan telah mengetuk pintu trak setelah mengetahui keberadaan WY dengan wanita lain sebelum lelaki itu bertindak menghidupkan enjin dan beredar dari situ.

Sebaik membelok ke kanan, roda belakang trak berkenaan telah melanggar wanita tersebut, menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami patah tulang.

“Si WY berasa terganggu. Tidak mahu ada pertengkaran dengan mangsa, akhirnya dia menghidupkan traknya. Belok ke kanan, roda belakang akhirnya melanggar mangsa. Mangsa terus terjatuh dan patah tulang sulbi dan tulang paha. Pembuluh darahnya juga pecah,” kata Hendri.

Lapor Pojoksatu.id, lelaki itu kemudiannya beredar bersama teman wanita barunya menaiki trak simen tersebut sebelum menghubungi rakannya, AD untuk menguruskan mangsa.

Namun, AD yang juga rakan sekerja mangsa yang dipercayai mabuk ketika itu telah mengambil kesempatan dan menyeret mangsa ke sebuah warung kosong yang gelap sebelum memperkosanya.

“Warung itu sudah tidak berfungsi lagi. Keadaannya gelap. Di sana suspek memperkosa korban yang dalam keadaan tidak berdaya,” ujar Hendri.

“Saya seret ke tepi warung. Saya setubuhi satu kali dan saya tinggal,” kata suspek seperti dilapor Tribun News.

Tindakan mereka terbongkar apabila seorang tukang sampah menemui mayat mangsa dalam keadaan menyayat hati di semak berhampiran.

Menceritakan situasi kejadian kepada pihak polis, WY berkata, “Saya cuma mahu menghindari pergaduhan. Dari pada bergaduh, baik saya pergi. Terus saya hidupkan trak. Saya jalan, saya terus menghubungi AD. Tanpa melihat, saya terus jalan.”

Kedua-dua mereka telah mengakui tindakan masing-masing dan bakal berhadapan dakwaan di bawah Pasal 338 KUHP juncto Pasal 351 Ayat 3 KUHP, manakala AD dikenai Pasal 286 KUHP dan Pasal 306 KUHP, tuliss Tribun News.

Sumber: Tribun NewsPojoksatu.id

The post Malang, Wanita Dilapor Maut Akibat Dilanggar Lori Bekas Teman Lelaki, Sebelum Didakwa Dirogol Orang Lain appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments