COVID-19: Lebih 53,000 Orang Telah Divaksin Dos Pertama Setakat 2 Mac- Khairy

Seramai 53,287 orang di negara ini  telah divaksin setakat semalam (2 Mac) setelah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula sejak 24 Februari lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, menerusi infografik laporan harian pemberian dos 1 vaksin mengikut negeri di Twitter miliknya.

Melalui infografik itu, Sarawak menjadi negeri yang paling banyak memberi vaksin dengan 9,737 orang telah disuntik, diikuti oleh Perak dengan 5,714 orang dan Pahang dengan 5,696 orang.

Pemberian vaksin fasa satu ini melibatkan anggota barisan hadapan dan dijangka akan berlangsung sehingga bulan April ini.

Sumber: Khairy Jamaluddin

The post COVID-19: Lebih 53,000 Orang Telah Divaksin Dos Pertama Setakat 2 Mac- Khairy appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments