Aktiviti Pelancongan Termasuk Taman Tema, Muzium, Zoo, Termasuk Spa Dibenarkan Bermula 5 Mac Ini

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju mmebenarkan aktiviti di dalam sektor pelancongan berjalan seperti biasa di seluruh negara berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, operasi perniagaan di dalam premis dan sebagainya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50% dan mengikut keluasan premis bagi negeri di bawah PKPP.

Selain itu, antara aktiviti di dalam sektor pelancongan yang dibenarkan adalah seperti lawatan ke zoo, farm, akuarium taman rekreasi, ekstrem,adventure park, muzium, galeri seni, taman tema, pusat hiburan keluarga serta lain-lain aktiviti lagi dibenarkan.

”Bagi kawasan PKPB, dalam premis dan sebagainya dibenarkan beroperasi dengan kaspiti 50% manakala di kawasan PKPP adalah mengikut keluasan premis.

”Saya nak maklumkan sekali lagi di bawah sektor pelancongan antara yang dibenarkan adalah hotel dan AirBnB serta kedai jualan di dalam hotel, produk pelancongan seperti zoo, farm, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi, ekstrem, adventure park dan lain-lain kita benarkan.

”Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentasa persembahan budaya dan lain-lain, taman tema dan pusat hiburan keluarga, spa, refleksologi, urut, urut kaki, wellness termausk perkidmatan padicure dan manicure juga dibenarkan mengikut syarat lesen PBT,” katanya.

Tambahnya, waktu operasi sektor pelacongan juga adalah sama dengan sektor lain di mana dibenarkan beroperasi dar jam 6 pagi hingga 12 malam.

”Seperti yang saya umumkan perniagaan boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 12 malam, jadi dari segi pelancongan pun dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 malam atau pun mengikut ketetapan yang ditentukan oleh pihak Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah,” katanya.

Bagi mendapatkan senarai lengkap aktiviti yang dibenarkan, orang ramai boleh merujuk di lama web MKN.

Sidang media perkembangan terkini mengenai PKP, PKPB & PKPP | 2 Mac 2021

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini mengenai PKP, PKPB & PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 2 Mac 2021

Posted by Bernama TV on Tuesday, March 2, 2021

Sumber: Sidang Media Ismail Sabri

The post Aktiviti Pelancongan Termasuk Taman Tema, Muzium, Zoo, Termasuk Spa Dibenarkan Bermula 5 Mac Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments