“Ada Yang Bagi Laksa Berasap..” KPN Ucap Terima Kasih, Orang Awam Sudi Beri Makanan Buat Anggota Di SJR

Rasa terima kasih dan penghargaan ditujukan kepada orang ramai yang bermurah hati memberikan makanan kepada para petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, sokongan moral yang diberikan oleh rakyat kepada petugas barisan hadapan yang membanting tulang dalam memastikan prosedur Operasi Standard (SOP) PKP dipatuhi, amat dihargai.

”Saya nak meluahkan rasa penghargaan saya yang teramat sangat kepada orang ramai yang bermurah hati, kadang-kadang macam-macam diberikan kepada petugas-petugas di roadblock.

”Bertimbun-timbun (makanan) sampai tak termakan, macam-macam lah ya buahnya, makanan fast food, ada yang bagi laksa berasap laksa pun.

”Saya amat hargai atas niat baik tersebut, sokongan moral yang diberikan kepada warga saya yang bekerja di bawah tu, saya amat-amat hargai, terima kasih banyak,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

[LIVE] SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARAKini sedang berlangsungnya Sidang Media oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador yang bertempat di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#PDRM#RMP#11032021

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, March 10, 2021

Sumber: Sidang Media Polis Diraja Malaysia

The post “Ada Yang Bagi Laksa Berasap..” KPN Ucap Terima Kasih, Orang Awam Sudi Beri Makanan Buat Anggota Di SJR appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments