(Video)Dah Macam Cari Nafkah Keluarga, Gelagat Kucing Ini ‘Angkut’ Barangan Jiran Setiap Hari Bikin Tuannya ’Susah’

Sebelum ini, kita mungkin sering mendengar kisah anjing peliharaan membawa pulang barangan pelik ke rumah tuannya. Namun bukan sahaja anjing, sesetengah kucing juga mempunyai tabiat yang sama.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita bernama Monica di Tiktok, seekor kucing peliharaannya yang diberi nama China bertindak mengangkut barang-barang jiran ke rumahnya.

Dalam video itu, kelihatan kucing itu menggonggong pelbagai barang seperti surat, gunting, pencucuh api, daun dan botol plastik.

Malah, pemilik kucing itu terpaksa menutup semua tingkap dan pintu bagi mengelakkan ia keluar daripada rumah.

“Hingga sampai tahap kami terpaksa tutup semua pintu dan tingkap untuk memastikan ia tidak keluar rumah kerana ia akan sentiasa masuk dengan binatang hidup di dalam mulutnya.

“Ia akan bangun setiap pagi dan seolah-olah menjadi kerjanya untuk keluar mencari nafkah buat keluarga,” kata Monica seperti ditulis Daily Star.

@songsofmyfelines

#chinacat #catsofinstagram #funnycats #catloversclub #funny #catburglar #instacat #viraltiktok #gato #cat #catlover #funny #catstagram #kitty #catlove

♬ Hood Baby – Kbfr

Sumber: Daily Star

The post (Video)Dah Macam Cari Nafkah Keluarga, Gelagat Kucing Ini ‘Angkut’ Barangan Jiran Setiap Hari Bikin Tuannya ’Susah’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments