(Video) Viral Aksi Anggota Polis Bantu Tolak Van Rosak Dalam Hujan Lebat, Dipuji Netizen

Baru-baru ini media sosial kita ‘dicalitkan’ dengan beberapa isu melibatkan pihak berkuasa yang didakwa tidak berintegriti ketika bertugas.

Namun bak kata pepatah, dalam setandan pisang itu bukannya semua elok, kan? Pastilah ada sebiji dua yang tidak boleh dimakan.

Sebagai manusia, fitrahnya kita memang alpa dan tidak lari daripada kesilapan. Tapi apa yang paling penting adalah usaha kita untuk berubah menjadi lebih baik.

Berkenaan perlakuan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas, pasti ada juga sisi baik yang perlu kita dalami. Ini penting kerana masyarakat perlu faham bahawa bersikap ‘pukul rata’ itu tidak seharusnya berlaku.

Demikianlah satu situasi menyentuh hati melibatkan anggota pihak berkuasa yang sanggup membantu orang awam ketika dalam kesusahan seperti yang dikongsikan oleh warganet Fahmi Apiht ini.

Difahamkan, anggota tersebut sanggup berbasahan dalam hujan lebat semata-mata memastikan individu pemandu van tersebut selamat, selain membantu menyelesaikan masalahnya.

Tersentuh dengan apa yang terjadi, ramai warganet menzahirkan rasa syukur bahawa masih ramai lagi anggota pihak berkuasa yang betul-betul ikhlas berbakti demi negara.

Tidak dinafikan, sikap suka pukul rata sedikit-sebanyak memberi tempias yang tidak baik buat institusi keselamatan.

Jelas warganet ini, aggota tersebut memang layak mendapat penghormatan daripada orang awam hasil kebaikan yang dilakukannya.

Benarlah kata slogan Polis Diraja Malaysia (PDRM), “Polis dan masyarakat berpisah tiada”.

Sumber: Twitter Fahmi Apiht

The post (Video) Viral Aksi Anggota Polis Bantu Tolak Van Rosak Dalam Hujan Lebat, Dipuji Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments