(Video) Terpaksa Beralah, Tupai Ni Selamber ‘Halau’ Burung Hantu Dari Sarang Macam ‘Samseng’

Satu rakaman video memaparkan gelagat seekor tupai yang dipercayai mengusir seekor burung hantu menjadi perhatian setelah dimuat naik ke laman Youtube.

Menerusi rakaman berdurasi 28 saat yang dimuat naik ke laman Youtube Robert E Fuller, seekor tupai dirakam mula memasuki sarang daripada lubang yang terdapat di sebatang pokok. Setelah ia memasuki sarang tersebut, kelihatan seekor burung hantu seakan ‘ditolak’ keluar daripada lubang tersebut.

Ternyata, tupai yang baru masuk ke dalam sarang tersebut seakan menghalau burung hantu tersebut sehingga ia terbang ke tempat yang lain. Dengan gaya seakan-akan ‘samseng’, tupai tersebut menjenguk ke luar mungkin dengan anggapan bahawa burung tersebut masih berada berdekatan.

Sumber: Robert E Fuller

The post (Video) Terpaksa Beralah, Tupai Ni Selamber ‘Halau’ Burung Hantu Dari Sarang Macam ‘Samseng’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments