(Video) Terlepas Dari Mulut Buaya, Viral Aksi Kura-kura Lari ‘Sehabis Laju’ Selamatkan Diri Dari Dimakan

Kita mungkin biasa terlihat situasi haiwan karnivor yang ganas menyerang dan menangkap mangsa untuk dijadikan santapannya.

Siaran dokumentari seperti National Geographic antara rancangan yang biasa ditayangkan di kaca televisyen tentang babak-babak ganas tersebut.

Dalam kebanyakan haiwan pemangsa, satu-satunya yang sangat ‘berkuasa’ di kawasan perairan sungai tidak lain tidak bukan ialah buaya.

Tular di Twitter satu rakaman video memaparkan seekor buaya yang mencuba untuk menelan mangsanya yang jauh lebih kecil, seekor kura-kura.

Namun tindakannya itu hanya menjadi sia-sia. Malah kura-kura pula berdepan detik lebih cemas. Mari ikuti video ini.

Warganet yang berkongsi video itu menulis, ‘bayangkan anda lari untuk selamatkan hidup tapi selaju ini saja yang anda mampu’.

Video ini telah dipercayai telah tular sejak beberapa bulan lalu sehingga mencapai tontonan lebih 22 juta kali.

Sumber: Twitter Jamz

The post (Video) Terlepas Dari Mulut Buaya, Viral Aksi Kura-kura Lari ‘Sehabis Laju’ Selamatkan Diri Dari Dimakan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments