(Video) Terlalu Sibuk Hingga Tiada Masa Bercinta, Servis ‘Sewa Teman Wanita’ Jadi Pilihan Lelaki Bujang Di Jepun

Semua sedia maklum, Jepun adalah antara negara yang mempunyai pelbagai tarikan unik. Di sanalah wujudnya ‘dunia’ anime, kotaraya metropolitan antara yang tersibuk di dunia, ada kereta api laju Shinkasen dan bermacam-macam lagi.

Masyarakat Jepun juga sering dianggap sebagai satu golongan yang begitu berdisiplin dengan masa. Malah dikatakan rakyat di sana sangat komited dengan tugasan kerja masing-masing hingga menjadikannya sebagai perkara paling utama dalam kehidupan.

Tahukah anda, di sebalik ‘kesibukan’ budaya kerja rakyat negara matahari terbit ini, ada satu hiburan awam yang boleh diakses dalam bentuk servis iaitu ‘Rent-a-Girlfriend’ atau kekasih sewa.

Kredit: Anime Corner / Zunita Ramli

Dengar macam ‘wow’ kan? Menurut seorang rakyat Malaysia yang tinggal di sana, Zunita Ramli, gadis kekasih untuk disewa di Jepun ini bukanlah untuk tujuan-tujuan yang ke arah ‘itu’, tapi ia lebih kepada aktiviti sosial dalam rutin seharian.

“Perkhidmatan ‘kekasih sewa’ ini senang cakap adalah perkhidmatan ‘beli’ masa seseorang untuk teman dan layan dialah.

“Layan itu macam pergi karaoke ke. pergi makan, pergi tengok wayang dan sebagainya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Jangan tak tahu, perkhidmatan ini walaupun nampak macam santai dan boleh ‘suka-suka’, tapi sebenarnya ia sangat profesional tau.

Jelas Zunita lagi, mereka yang menyewa gadis kekasih tersebut adalah tidak dibenarkan sama-sekali untuk berbuat lebih daripada apa yang terkandung dalam perkhidmatan yang disediakan.

“Contohnya macam sebarang hubungan seksual, bagi hadiah mahal-mahal ataupun luahan perasaan. Purely teman keluar sahaja.

“Perkhidmatan ini pun taklah murah, sejam servis berharga lebih kurang ¥6000 (RM240) dengan minimum sewaan adalah dua jam (RM480). Tapi kalau nak sewa kali kedua dengan orang yang sama, ada tambahan bayaran iaitu sebanyak ¥2000 (RM80),” tambahnya lagi.

Kenapa servis ni boleh popular di Jepun?

Kredit: Asian Boss / Zunita Ramli

Memanglah nampak gayanya, kekasih sewa ini tidak lebih daripada sekadar peneman semata-mata. Iyalah kan, nak ajak tukar nombor telefon pun tidak boleh, nak bercinta apatah lagi kan.

Rupa-rupanya maklum Zunita, antara sebab utama mengapa kekasih sewa ini menjadi pilihan ramai adalah didakwa kerana faktor kesibukan bekerja dan kelemahan gaya komunikasi.

“Sebab orang-orang Jepun ni tak ada masa nak cari kekasih. Mereka ni sibuk dengan kerja sampai ada yang hilang keyakinan untuk bercakap dengan perempuan.

“Jadi kalau sewa kekasih macam ni, tak perlu nak risau pasal ‘skill’, sebab diorang bayar kan. Pandai ke tak pandai cakap, masih akan dilayan oleh perempuan itu.

“Pelik? Ye, di Jepun ni anything is possible. Dan jangan terkejut kalau saya cakap di Jepun ini juga ada perkhidmatan ‘Rent-a-Goat’, ya perkhidmatan sewa kambing! Oh my goat!” tambahnya lagi.

Bukan saja boleh sewa kekasih, malah kambing pun boleh disewa sekali. Menarik kan?

Macam apa yang Zunita katakan tadi, kambing yang disewa pula adalah untuk tujuan membantu ‘tolong’ makankan rumput-rumput yang kita tak boleh atau susah nak potong.

Gambar: Zunita Ramli

Sementara itu, satu eksperimen sosial terhadap servis sewa kekasih ini pernah dibuat oleh sekumpulan Youtuber, Asian Boss sekitar 2019 lalu.

Mereka ini betul-betul menggunakan servis kekasih sewa ini ketika berada di sana bagi merasai apa yang terjadi sebenarnya di sebalik hubungan ‘sementara’ itu.

Tak mahu cakap banyak, jom kita layan video kekasih sewa di Jepun oleh Asian Boss di bawah ini.

Sumber: Zunita Ramli / Youtube Asian Boss

The post (Video) Terlalu Sibuk Hingga Tiada Masa Bercinta, Servis ‘Sewa Teman Wanita’ Jadi Pilihan Lelaki Bujang Di Jepun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments