(Video) Siap Bertepuk-tampar, Gelagat Ayah Layan Anak Borak Dalam Bahasa “Baby” Sampai Ketawa Terkekek-kekek Bikin Ramai Terhibur

Hubungan ayah dengan anak kecil selalunya lebih rapat dengan cara bergurau senda, bergelak ketawa, bermain permainan bersama-sama dan sebagainya.

Kadang-kadang golongan ayah-ayah ini perlu bertukar identitinya menjadi kanak-kanak semata-mata nak ‘masuk’ dalam jiwa anak kecil mereka.

Bila kedua-duanya sudah ‘serasi’, maka barulah rasa seronok itu datang.

Baru-baru ini seorang ayah, Mohamad Syafiq Mahpiz berkongsi video dia berbual santai dengan anak kecilnya di dalam kereta.

Menariknya, gaya mereka berbual bukan sebagai ayah dan anak kecil, tetapi bagaikan ‘member’ baik yang sudah lama ‘kawtim’ sama kepala.

Sudahlah guna bahasa ‘baby’ yang entah apa terjemahannya, siap gelak bertepuk-tampar lagi. Jom saksikan video ini.

Bila kau jumpa kawan baik kau yang satu kepala dan masuk air. Ketawa lagi banyak dari bercerita sebab setiap gerak-geri tubuh badan pun rasa dah kelakar.

Bila kau jumpa kawan baik kau yang satu kepala dan masuk air. Ketawa lagi banyak dari bercerita sebab setiap gerak geri tubuh badan pun rasa dah kelakar.

Posted by Mohamad Syafiq Mahpiz on Wednesday, February 3, 2021

Sumber: Mohamad Syafiq Mahpiz

The post (Video) Siap Bertepuk-tampar, Gelagat Ayah Layan Anak Borak Dalam Bahasa “Baby” Sampai Ketawa Terkekek-kekek Bikin Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments