(Video) Setahun Tak Dapat Jumpa Ayah, Reaksi Anak-Anak Ini Dapat Peluk Ayah Buat Netizen Sebak

Pelukan erat ayah dan anak-anak bagi melepaskan rindu setelah setahun berpisah mengundang sebak pengguna media sosial.

Pandemik Covid-19 ini membuatkan ramai yang merasa kerinduan akibat berpisah dengan keluarga dalam jangka masa yang panjang. Lebih-lebih lagi yang bekerja di luar negara, pasti prosedur untuk pulang ke Malaysia mengambil masa yang lama.

Menerusi perkongsian daripada laman Instagram Syazwana Jamil, anak-anak terpaksa menanggung rindu ayah mereka yang bekerja di luar negara. Video pendek itu menunjukkan reaksi anak-anak terus berlari dapatkan ayah mereka yang sudah setahun tidak berjumpa.

Setelah setahun terpisah antara Qatar dan Malaysia…

“Berselera ya semua”

Lepas video dah viral tetiba malu pulak tengok video muka sendiri. Buat lah video baru kot korang nak tengok balik nak nangis balik korang tengok yang ni eh. Jangan tengok muka sis lama-lama. Sis malu.

Yang ni takde cakap-cakap full video dengan lagu.

Akhirnya, selepas setahun anak-anak menunggu kepulangan ayah dorang. Rasa macam mimpi. Start before PKP awal Mac 2020 ayah dorang balik Qatar, sampailah sekarang February 2021 baru jumpa semula.

Bayangkan before ni tiap-tiap bulan balik tuptup sebab covid tak dapat balik. Asyik ulang kene bagitau anak-anak, ayah tak boleh balik sebab ada virus. Bahaya. Anak-anak sekecil 4 dan 5 tahun terpaksa kene faham.

Plan asal tahun lepas memang Akram nak balik awal bulan 2 sebab covid macam nak reda dah. Tuptup covid naik balik dekat Malaysia. PKP pulak. Jadi aku tak mengharap.

Rupa-rupanya diam-diam Akram apply cuti dan manager dia approved!

Dua hari before fly baru Akram bagitau aku. Masa tu aku tengah keje. Menggigil terus nangis. Aku blur tanya dia maknanya apa ni? Dapat cuti ke? Boleh balik ke? Dia cakap mula2 nak suprisekan sampai balik Malaysia tapi kawan dia nasihatkan bagitau wife and mak dia supaya kami boleh doakan yang terbaik untuk dia balik. Lagi-lagi masa nak buat swab test kat sana. Tu penentu segalanya. Kalau lah tetibe positif memang punah semuanya.

Alhamdulillah sehari sebelum balik dia buat test dan negatif. Jadi sampai Klia dapat kuarantin 7 hari je kat Subang.

Akram tak balik for good. Cuma cuti sebulan. Tolak kuarantin seminggu Malaysia, seminggu Qatar masa balik sana nanti tinggal lah 2 minggu untuk kami. Tu pon cuti dia dah tinggal 10 hari. Lepas ni tak tau lah macam mana nak balik lagi.

Tapi kemudian punya cerita nanti lah. Yang penting anak2 happy sangat sebab ayah dah janji bila masuk tadika baru ayah nak balik.

Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan kami sekeluarga. Tanpa doa keluarga dan kawan-kawan mungkin aku pon tak kuat. Bukan senang aku hidup sendiri kat Sepang bertiga dengan anak-anak tanpa Akram dan family. Family jauh kat Johor. Semua benda aku terpaksa hadap sorang. Since January 2017, 4 tahun dah

Apa aku boleh cakap, Allah selalu ada dan tolong aku. Doa suami dan keluarga.

 

Sumber: Syazwana Jamil

The post (Video) Setahun Tak Dapat Jumpa Ayah, Reaksi Anak-Anak Ini Dapat Peluk Ayah Buat Netizen Sebak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments