(Video) Sekurang-kurangnya 6 Dilapor Maut Dalam Nahas Jalan Raya Libatkan 133 Kenderaan

Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut manakala 65 kali cedera dalam nahas jalan raya pada petang Khamis gara-gara ribut salji di Dallas-Fort, Texas, menurut perkiraan CNN.

Sebanyak 133 buah kenderaan di lebuhraya 35 West di Fort Worth telah terlibat dalam kemalangan tersebut dan sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut, menurut Ketua Polis Fort Worth Neil Noakes.’

Nahas itu adalah salah satu daripada kemalangan yang dilaporkan di kawasan Dallas-Fort Worth dan Austin ekoran cuaca buruk pada Khamis.

Terdapat sekurang-kurangnya tiga kematian di Dallas dilaporkan yang berpunca daripada jalan berais yang licin, menurut maklumat kemalangan yang dihantar ke CNN oleh jurucakap Jabatan Polis Dallas, Tamika Dameron.

Gambar: Dallas Morning News

Pihak berkuasa dilaporkan belum lagi mengenal pasti mangsa yang terlibat dalam nahas di Dallas itu. Antara salah satu rakaman yang memaparkan kemalangan di laluan tersebut adalah seperti di bawah.

Sumber: CNN

The post (Video) Sekurang-kurangnya 6 Dilapor Maut Dalam Nahas Jalan Raya Libatkan 133 Kenderaan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments