(Video) Penduduk Gempar, Sosok Putih Seakan ‘Pocong’ Dipercayai Dikejar Anjing Dirakam CCTV

Penduduk Desa Balangberu, Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan, Indonesia dikejutkan dengan penampakan makhluk halus yang menyerupai pocong, lapor Tagar.

Sosok makhluk halus itu dikatakan berjaya dirakam oleh kamera pengawasan yang dipasangkan di sebuah rumah.

Menurut Haji Karim, seorang penduduk tempatan, sosok pocong itu telah dirakam oleh kamera CCTV yang dipasang di rumahnya. Dalam rakaman itu, pocong tersebut kelihatan melompat-lompat sambil diekori oleh tiga ekor anjing di belakangnya.

“Betul tuan, itu pocong yang dirakam oleh CCTV yang dipasang di hadapan rumah. Tampak seperti pocong tersebut sedang dikejar oleh anjing itu. Kerana dibelakangnya terdapat anjing yang ikutnya sambil menyalak,” kata H Karim kepada Tagar.

Menurut Haji Karim, penampakan dalam rakaman CCTV rumahnya itu terjadi pada hari Selasa, 9 Februari 2021. Rakaman CCTV itu pada mulanya disedari oleh isterinya.

“Isteri saya bangun untuk menunaikan solat Tahajjud, kemudiannya dia terdengar anjing sedang menyalak di hadapan rumahnya. Selesai sahaja menunaikan solat Tahajjud, isteri saya berasakan ada yang tidak kena dan terus membuka rakaman CCTV itu,” katanya.

Selepas melihat rakaman CCTV, isteri Karim terkejut kerana terlihat sosok makhluk halus yang menyerupai pocong berlari secara melompat. Kerana ketakutan, Karim menyatakan bahawa isterinya itu terus mengejutnya daripada tidur.

“Isteri saya mempunyai kucing. Jadi, dia periksa rakaman CCTV itu kerana dia khuatir kucing peliharaannya itu digigit anjing. Tetapi ternyata ianya adalah pocong,” jelasnya.

Bagi mengesahkan perkara tersebut, Karim mengakui bahawa keesokan harinya, dia telah membuka semula rakaman CCTV itu. Bahkan, pada Sabtu, 13 Februari 2021, Karim telah menunjukkan rakaman tersebut kepada penduduk setempat.

Penduduk setempat juga percaya bahawa sosok berpakaian putih yang melompat-lompat itu adalah pocong.

Sumber: Tagar

The post (Video) Penduduk Gempar, Sosok Putih Seakan ‘Pocong’ Dipercayai Dikejar Anjing Dirakam CCTV appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments