(Video) Oyen Pasrah, Anak-Anak Sempat Bergaduh Ketika Menyusu, Siap Bertepis-Tepis Tangan

Satu video yang memaparkan anak ‘Si Oyen’ seakan bergaduh ketika sedang menyusu telah meraih perhatian.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu memperlihatkan dua anak kucing seakan bergaduh bertepis-tepis tangan ketika sedang menyusu badan ibunya.

Ketika kedua-dua ekor anak kucing itu ‘bergaduh’ anak kucing yang lain kelihatan dengan tenang sahaja sedang menyusu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 9 ribu kali oleh warganet.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut terhibur dengan telatah anak kucing terbabit.

Sumber: @FXTVT

The post (Video) Oyen Pasrah, Anak-Anak Sempat Bergaduh Ketika Menyusu, Siap Bertepis-Tepis Tangan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments