(Video) Momen Melucukan Peguam Tersilap Guna ‘Filter’ Kucing Masa Perbicaraan Serius, Bikin Ramai Terhibur

Satu perbicaraan mahkamah melalui sidang video di Texas pada Selasa lalu menyaksikan situasi janggal ketika seorang peguam secara tidak sengaja muncul dengan filter kucing.

Perbicaraan mengenai pelucutan sivil itu memperlihatkan peguam, Rod Ponton, ‘bergelut’ untuk membuang filter itu sehingga menjadikannya momen yang melucukan.

Dengan peguam lain yang tersenyum melihat skrin komputer tersebut, Rod berkata bahawa dia sudah bersedia untuk meneruskan perbicaraan walaupun dalam keadaan bentuk kucingnya itu.

“Saya bersedia untuk meneruskannya, saya berada di sini secara langsung, saya bukan kucing,” kata Rod.

Hakim Mahkamah Daerah Kehakiman ke-39, Roy Ferguson, tertawa dengan kenyataan Rod dan memuji semua peguam yang terlibat dalam sidang video tersebut.

“Sekiranya seorang kanak-kanak menggunakan komputer anda, periksa dahulu Zoom Video Options bagi memastikan agar fungsi filter tidak diaktifkan sebelum menyertai pendengaran kes secara maya,” kata Ferguson melalui ciapannya.

Dalam pada itu, Rod berkata bahawa dia terpaksa menggunakan komputer setiausahanya kerana pejabatnya dalam proses pemindahan.

Hakim mengatakan bahawa mereka mencuba yang terbaik bagi memastikan kerja berkaitan undang-undang itu tetap berjalan walaupun sedang dilanda pandemik COVID-19.

“Momen-momen yang melucukan ini merupakan dedikasi profesion perundangan untuk memastikan sistem keadilan terus berfungsi pada waktu yang sukar ini,” kata Ferguson.

Sumber: NBC News

The post (Video) Momen Melucukan Peguam Tersilap Guna ‘Filter’ Kucing Masa Perbicaraan Serius, Bikin Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments