(Video) Kucing Setia Tunggu Tuan Balik Padahal Tak Tahu Tuan Dah Sebulan Pindah, Undang Hiba Netizen

Siapa yang ada membela kucing, pasti sudah faham macam mana ‘perasaan’ sayang si bulus itu terhadap tuannya.

Kalau boleh, kucing mesti nak berkepit 24 jam dengan tuannya. Tidak boleh berenggang walaupun sekejap. Macam tuannya itu ibarat ibu kandungnya sendiri.

Namun, jika si tuan sudah meninggalkannya, kucing itu tetap akan setia mencari dan menunggu kelibat tuannya. Kes ini selalu terjadi apabila tuan kucing meninggal dunia, haiwan comel itu masih menunggunya di rumah ataupun ‘meratap’ di pusara sehingga berhari-hari lamanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok Hazrinyenn memuat naik satu video yang pasti meruntuh hati kita semua. Ianya tentang seekor kucing didakwa milik jiran yang sudah lama menunggu kepulangan tuannya.

Difahamkan, tuan kucing ini didakwa sudah berpindah ke rumah lain. Malangnya, kucingnya dipercayai tidak dibawa sekali.

@hazrinyenn

♬ original sound – TDAC📽OFFICIAL – BATTLE ZONE

 

Terserlah melalui air mukanya, kucing ini masih mengharap tuannya pulang dengan penuh sabar. Entah bilanya lagi dia dapat berjumpa tuannya semula.

Sedih dengan nasib yang menimpa, ramai warganet lain turut berharap agar kucing ini ‘tabah’ menghadapi kesunyian selepas ini.

Malah tidak kurang juga, ramai yang berharap agar pemilik video ini mengambil alih tanggungjawab untuk membela semula si bulus ini di bawah jagannya.

 

Semoga si kucing ini akan mendapat tuan baharu nanti. Jangan sedih-sedih ye cik meow. Ramai sayangkan awak.

Sumber: TikTok Hazrinyenn

The post (Video) Kucing Setia Tunggu Tuan Balik Padahal Tak Tahu Tuan Dah Sebulan Pindah, Undang Hiba Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments