(Video) Kucing Ini Gigit Ekor Anjing Sebelum Tuduh Tuannya Yang Buat, Tak Pasal-Pasal Kena Kejar Satu Rumah

Dahulu, pepatah “Bagai kucing dengan anjing” sering digunakan untuk menggambarkan individu yang sering bergaduh. Namun kini, mungkin keadaan agak sedikit berbeza apabila anjing dan kucing sudah boleh berkawan serta bergurau sesama sendiri.

Malah, ada masanya mereka ‘bersepakat’ untuk mengenakan tuan mereka sendiri sepertimana yang kita boleh lihat dalam video-video lucu haiwan tersebut di media sosial pada masa ini.

Dalam sebuah video dikongsikan akaun @funnnydogs di TikTok, seekor kucing yang panjang akal telah ‘melagakan’ seekor anjing dengan tuan mereka sendiri.

Ia pada mulanya telah menggigit ekor anjing tersebut yang sedang membelakangkannya. Terkejut apabila digigit, anjing itu pun menoleh ke arah kucing yang kemudiannya menjeling ke arah tuan mereka seakan-akan memberi isyarat kononnya ia adalah angkara si manusia.

Akibatnya, si anjing tersebut terus mengejar tuannya itu yang terpaksa berlari di dalam rumah mereka.

Tonton video itu di bawah.

@funnnydogs

#duet with @funnnydogs 😭

♬ original sound – Emilia

Sumber: @funnnydogs

The post (Video) Kucing Ini Gigit Ekor Anjing Sebelum Tuduh Tuannya Yang Buat, Tak Pasal-Pasal Kena Kejar Satu Rumah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments