(Video) Kuat Menyakat, Gelagat Anak-Anak Sakat Mak Kuat Melatah Buat Ramai Tumpang Bahagia

Bagi yang masih ada ibu bapa di sisi, hargailah setiap detik bersama mereka kerana satu hari nanti ia akan menjadi memori yang sangat berharga.

Bila berada jauh dari mereka nanti, pasti segala gurau senda bersama mereka akan dirindui.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ameem Abdul di TikTok, dia berkongsi momen ketika menyakat ibunya yang melatah.

Menurut Ameem, dia dan adik beradiknya yang lain sememangnya selalu bergurau dengan ibunya dan itu merupakan saat yang paling bermakna buatnya.

@ameem_abdul

Aku bongsu dan yg baju putih tu abg long.. hehehe dua2 kuat menyakat mak.. #fyp #foryoupage #foryou #melatah #happyfamily

♬ original sound – Amim Suleiman – Amim Suleiman

$

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat video itu dan tidak kurang juga ada yang sebak kerana merindui $ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Sumber: Ameem_Abdul

The post (Video) Kuat Menyakat, Gelagat Anak-Anak Sakat Mak Kuat Melatah Buat Ramai Tumpang Bahagia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments