(Video) “Haa Buat Apa?” Cubaan ‘Tiger’ Ajar Member Lari Terkantoi, Muka Gelabah Teruk Bila Kena Sergah

Bagi mereka yang membela kucing, mesti sudah begitu ‘masak’ dengan perangai si bulus-bulus itu kan?

Ada yang nakal suka pecahkan barang, ada yang degil asyik nak keluar rumah, ada yang pemalas asyik nak makan dan tidur saja saja. Macam-macam hal.

Tapi apa yang dikongsikan oleh pemilik TikTok @rnyanisenterprise2019 di bawah ini memang sangat mencuit hati.

Menurut si tuan kucing, difahamkan kucing-kucingnya itu berusaha untuk melepaskan diri dan keluar dari rumah.

Menariknya, ‘gerakan’ mereka dalam komplot larikan diri ini ibarat rancangan bersiri ‘Prison Break’, di mana mereka dipimpin oleh ketuanya, si ‘Tiger’. Mari tonton video ini.

@rnyanisenterprise2019

Assalamualaikum…good morning semua..dia buat dh..pnggil tiger xjln pnggil adik pun xjln.last2 mama pnggil nama penuh😂#tiger #rnyanisenterprise

♬ original sound – RNY ANIS ENTERPRISE – RNY ANIS ENTERPRISE

Justeru, ramai yang terhibur dengan aksi si Tiger yang konon-konon nak jadi hero bawa kawan-kawannya lari keluar.

Ada juga yang berkata, tiga lagi kawannya itu sedang ‘cover line’.

Comel Tiger ada IC sendiri.

Sumber: TikTok @rnyanisenterprise2019

The post (Video) “Haa Buat Apa?” Cubaan ‘Tiger’ Ajar Member Lari Terkantoi, Muka Gelabah Teruk Bila Kena Sergah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments