(Video) Gerun, Viral Pak Arab Ini Selamba Tampar Singa Peliharaan Cuba ‘Bahamnya’

Bila dah namanya singa, ia pastinya haiwan yang sangat digeruni oleh manusia.

Walaupun bukan yang paling tangkas dan kuat, ‘Raja rimba’ itu menjadi simbol kuasa dan keberanian.

Namun, ia juga sebenarnya dijadikan sebagai haiwan peliharaan bagi sesetengah individu.

Mungkin telah dijaga sejak kecil lagi, sesetengah haiwan itu tidak menonjolkan sifat pemangsa kepada ‘tuannya’.

Sama seperti yang dapat dilihat menerusi video yang tular ini, seorang lelaki dipercayai warga Arab dengan santainya bergurau senda bersama singa peliharaannya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila lelaki itu dengan selamba menampar singa tersebut apabila ia cuba menggigitnya.

Dilihat sebagai tindakan yang berani mati tetapi ia mungkin disebabkan oleh singa itu telah dijinakkan olehnya sejak sekian lama.

Diakhir video, singa itu tidak menghiraukan lelaki itu dan hanya terbaring santai.

Sumber: fadamx_

The post (Video) Gerun, Viral Pak Arab Ini Selamba Tampar Singa Peliharaan Cuba ‘Bahamnya’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments