(Video) Gelagat ‘Licik’ Penguin Ini Curi Batu ‘Jiran’ Nak Buat Sarang, Tapi Ini Balasan Lepas Buat ‘Jahat’

Rupanya, dunia haiwan pun ada ‘pencuri’. Sebelum ini, kita mungkin pernah melihat kelibat rakun atau turut dikenali sebagai ‘masked bandit‘ mencuri makanan kucing sebelum terkedek-kedek melarikan diri. Namun kali ini, kita akan menyaksikan gelagat ‘pencuri’ yang sinonim dengan kecomelannya, tapi cukup licik memperdaya rakan sendiri.

Dalam video dikongsikan BBC Earth, kelihatan komuniti penguin sedang berkumpul di mana ada antara mereka sedang sibuk membina sarang masing-masing.

Tugas membina sarang bukanlah mudah, kerana si penguin perlu memilih batu kerikil yang menepati ciri-ciri tertentu. Namun, seperti sebahagian manusia, di kala seekor penguin sibuk memerah keringat mencari batu, seekor lagi penguin mengambil jalan mudah mencuri hasil titik peluh rakannya.

Penguin yang pertama seakan tidak menyedari ‘batu-bata’ rumahnya sedang dicuri satu persatu oleh jiran yang setia menjeling dari sebelah sarang. Dengan badan yang kotor bersalut tanah, ia terus setia mengangkut satu persatu batu menggunakan paruhnya.

Sementara itu, si pencuri terus memerhati tajam sambil menunggu peluang untuk mengambil batu tersebut secara senyap-senyap. Sebaik sahaja penguin pertama pergi meninggalkan sarang untuk mencari batu yang lain, ia terus menerpa ke ‘rumah’ jirannya dan mencuri batu kerikil untuk dibawa ke sarangnya. Terkedek-kedek ia berlari sambil menggigit hasil curi pulang ke sarang.

Pun begitu, si pencuri akhirnya mendapat balasan apabila batu dicurinya dicuri pula oleh jiran penguin yang lain. Tahu pun marah.

Frozen Planet: Penguin's life of crime

That is one SNEAKY penguin! 🐧

Posted by BBC on Saturday, February 13, 2021

Sumber: BBC Earth

The post (Video) Gelagat ‘Licik’ Penguin Ini Curi Batu ‘Jiran’ Nak Buat Sarang, Tapi Ini Balasan Lepas Buat ‘Jahat’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments