(Video) Dipercayai Cuba Terkam Anak Ayam, Helang ‘Terdiam’ Setelah Kena ‘Warning’ Panjang Dari Ibu Ayam

Satu video yang memaparkan seekor ayam melindungi anaknya daripada menjadi santapan seekor burung helang telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut bermula dengan seekor burung helang yang secara tiba-tiba muncul dipercayai ingin menerkam anak ayam yang berada di daratan itu.

Pun begitu, dengan ketangkasan dan keberanian ibu kepada anak ayam tersebut, dia telah berjaya untuk menyelamatkan anak-anaknya daripada menjadi santapan sang helang.

Keberanian ibu ayam itu telah menyebabkan burung helang itu terdiam sambil tersandar di dinding seakan ketakutan dan terkejut.

Video yang tersebar di Twitter itu telah menjadi tular. Sehingga kini ianya telah mendapat lebih 100 ribu tontonan.

Sumber: @anthraxxxx 

The post (Video) Dipercayai Cuba Terkam Anak Ayam, Helang ‘Terdiam’ Setelah Kena ‘Warning’ Panjang Dari Ibu Ayam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments