(Video) Dipelawa Masuk Berlindung Dalam Kedai, Lelaki Terselamat Dari Dihempap Bumbung Runtuh

Seorang lelaki berjaya terselamat daripada dihempap bumbung yang runtuh akibat ditiup angin kencang selepas ditawarkan untuk berlindung dalam sebuah kedai oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik kedai di Istanbul baru-baru ini.

Satu rakaman daripada kamera CCTV menunjukkan lelaki itu, yang berdiri di luar sebuah kedai, telah masuk berlindung di dalam kedai tersebut susulan daripada angin kencang dan hujan.

Dalam beberapa saat selepas itu, kamera CCTV yang berdekatan berjaya merakamkan detik ketika bumbung kedai tersebut runtuh yang hampir menghempap lelaki itu.

Menurut laporan tempatan, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 9 Februari lalu.

Warganet yang menonton video berkenaan rata-ratanya percaya bahawa lelaki tersebut sangat bernasib baik.

Sumber: Indian express

The post (Video) Dipelawa Masuk Berlindung Dalam Kedai, Lelaki Terselamat Dari Dihempap Bumbung Runtuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments