(Video) Detik Cemas Ular Cuba Serang, Lelaki Ini ‘Selamber’ Tangkap Sambil Duduk

Berhadapan dengan ular terutamanya yang berbisa sememangnya detik mencemaskan bagi kebanyakan orang. Apa tidaknya, dengan perasaan risau terhadap bisanya yang boleh membawa maut, pasti ramai akan cuba menjauhkan diri.

Lain pula yang berlaku terhadap seorang lelaki ini dapat menangani ular yang cuba menyerangnya. Berdasarkan rakaman yang dikongsikan Twitter, ular tersebut dilihat cuba menghampiri lelaki itu dan juga hendak menyerangnya.

Lelaki tersebut yang duduk di atas kerusi tersebut nyata terkejut dengan serangan binatang tersebut. Namun, apa yang menariknya ialah lelaki tersebut tidak terus bangun dari kerusi, tetapi ‘bertempur’ dengan ular tersebut.

Setelah memijak beberapa kali, lelaki tersebut berjaya menangkap ular tersebut dalam keadaan dirinya masih duduk di atas kerusi itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet nyata kagum dengan tindakan lelaki tersebut.

Sumber: Twitter

The post (Video) Detik Cemas Ular Cuba Serang, Lelaki Ini ‘Selamber’ Tangkap Sambil Duduk appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments