(Video) “Dengan Bunyi Cicak Lagi…”, Reaksi Jurubahasa Pasrah “Green Screen” Tiba-tiba Tercabut Ketika Rekod Video Bikin Ramai Terhibur

Di kala pandemik ini, bermacam-macam cara kita usahakan demi memastikan sesuatu tugasan itu dilakukan dengan sempurna.

Seperti golongan pendidik misalnya, waktu inilah untuk mereka memaksimumkan tahap kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu.

Tidak kiralah apa yang jadi, yang penting ianya ‘sampai’ ke penerima.

Baru-baru ini, warganet Hafiz Azhari berkongsi rakaman video ibunya sedang beraksi di depan kamera sebagai jurubahasa isyarat.

Kalau dilihat video ini, mesti kita kagum sebab teknikalnya nampak canggih. Berlatarbelakangkan visual maya, rakaman ini menggunakan konsep skrin hijau.

Tapi ketika sedang fokus beraksi, tiba-tiba terjadi masalah tidak diduga. Jom tonton video ini.

Sudahlah ada bunyi cicak, latar belakang pula jatuh. Tergendala sudah rakaman. Walau macam manapun, tersenyum saja ibu Hafiz ini.

Difahamkan, ibu Hafiz merupakan jurubahasa di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan seorang pensyarah di Open University Malaysia (OUM).

Disebabkan kelihatan begitu mahir dengan bahasa isyarat, ramai netizen kagum dengan kebolehan ibu Hafiz ini.

Namun di sebalik aksi ‘terhibur’ ini, ada juga netizen yang memahami bahawa bukan mudah untuk menjayakan sesuatu rakaman, apatah lagi ianya perlu dibuat berulang-kali.

Ada juga yang boleh ‘rasa’ betapa penatnya ibu Hafiz melalui riak muka dan bahasa tubuhnya.

Nampak terhibur, tapi sejujurnya terbit rasa simpati dengan ibu Hafiz. Tak mengapa, netizen ini turut mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Ianya bukan mudah..

Semoga ibu Hafiz tak mengalah untuk meneruskan khidmat bakti sebagai jurubahasa isyarat di kaca skrin.

Orang kata, sedia berkhidmat demi negara.

Sumber: Twitter Hafiz Azhari

The post (Video) “Dengan Bunyi Cicak Lagi…”, Reaksi Jurubahasa Pasrah “Green Screen” Tiba-tiba Tercabut Ketika Rekod Video Bikin Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments