(Video) ”Dah Setengah Jam Menangis,” Gelagat Ayah Sedih Lepas Hantar Anak Pergi Sekolah Untuk Hari Pertama

Biasanya kita dengar anak yang menangis saat pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah kerana tak mahu berpisah dengan ibu bapa. Namun kali ini, si ayah yang menitiskan air mata saat menghantarkan anak perempuannya ke tadika.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi gelagat suaminya yang menangis selepas menghantar anak mereka ke tadika. Kongsi @deeylarusly, suaminya itu telah menangis selama 30 minit biarpun sesi persekolahan anak mereka hanya sehingga pukul 12.30 tengah hari sahaja.

“Anak yang pi sekolah pak yang sedih. Apa benda la abah hang ni. Anak sekolah sampai 12.30 je. Dia dah setengah jam menangis,” tulisnya.

@deeylarusly

Sedih kena tinggal anak..😂 #bspeciale #foryoupage #youngcreator #fyp #playschool #taski #sad #saddad @aiimeruljuanim

♬ original sound – Maslina Meor Radhi – Maslina Meor Radhi

Perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 12 ribu tanda suka dan ratusan komen yang terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

Tak boleh bayangkan kalau anak dia kahwin nanti

Saya pun sedih kalau anak hari pertama pergi sekolah

Tak sangka anak dah besar dah

Bukan ayahnya saja yang menangis

Ikatan kasih sayang antara ayah dan anak sentiasa istimewa

Sumber: @deeylarusly

The post (Video) ”Dah Setengah Jam Menangis,” Gelagat Ayah Sedih Lepas Hantar Anak Pergi Sekolah Untuk Hari Pertama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments