(Video) Dah Lanjut Usia Gigih Jual Air Kelapa, Pak Cik Ini Menangis, Tadah Tangan Berdoa Bila Terima Sedekah

Untuk kelangsungan hidup, pakcik yang berusia lebih kurang 80 tahun tetap gigih bekerja untuk menyara kehidupannya dan isteri serta cucu tercinta. Mungkin ini adalah pekerjaan yang sudah lama.

Namun, perkongsian kali ini telah menyentuh hati kecil ramai pembaca. Mana taknya, bila kita lihat pakcik ini, mulalah teringat mak ayah di kampung.

Perkongsian penuh hiba ini dikongsikan oleh salah seorang pelanggan tetap pakcik air kelapa ini yang dikenali sebagai Aida Aidil. Wanita ini berharap perkongsiannya akan dapat sambutan daripada orang ramai supaya dapat membantu pakcik ini.

Kata wanita ini semasa dihubngi, lori pakcik ini akan berada di kawasan Bandar Puteri, Klang. Tempatnya agak tersorok sikit tetapi berdekatan dengan laluan yang orang ramai selalu guna. Jalan ini antara laluan untuk orang naik dan turun dari KESAS. Bagi yang tinggal di kawasan Johan Setia mungkin mereka lebih familiar.

Aku tak boleh kalau bab macam ni sumpah bukan nak menunjuk tapi saje nak bagi peringatan kat kita yang muda.

Jangan take them for granted. Macam mana kita buat kat parents kita macam tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun. Isteri jaga cucu kat rumah.

Aku tak kenal pakcik ni tapi memang dah kebiasaan aku kalau membeli dengan orang macam ni aku suka nak tanya sebab kadang ada yang jenis nak share problem mungkin boleh tolong dorang ringankan beban sikit-sikit.

“Sekali lagi aku bukan nak riak. Selagi aku mampu insyallah aku akan tolong…”

Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur macam ni mungkin macam ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sangat perubahan parents aku.

As a designer. Aku cuba buat mana yang aku rasa perlu untuk marketing pakcik ni. Harap sesiapa yang baca ni akan dapat manfaat dan its time for us to give back to our parents. Sedekah tu bukan dari aku sahaja, ada juga dari kawan2. tak dapt bantu banyak.

Semoga rezeki pakcik ni murah dah sentiasa dilindungi dari kesakitan.

Part yang aku paling tak boleh nak hadap…

By the way, aku rakam sebab aku nak anak-anak yang ada mak bapak yang sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing-masing. Sanggup ke weh tengok dorang kerja mcm ni. Bagi dorang jaga cucu lagi. Pakcik cakap dia kerja sebab kena bayar bills aku tak nak tanya banyak nanti bengkak mata aku.

Sesiapa yang nak derma dekat pakcik ni boleh bank in dekat bank saya 168621030856 -maybank -CHE ENGKU NUR AIDA .

Semoga dimurahkan rezeki korang semua Loudly crying face. Nanti pakcik ni nangis lagi. At least dia nangis kurang beban kan. yay! Thank you so much.

“Bukan untuk aib mana-mana pihak tetapi untuk ringankan beban pakcik ini…”

The purpose saya buat thread ni bukan nak mengaibkan anak menantu pakcik ni ya. Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok org tua kena hadap benda mcm ni.

 

Sumber: Aida Aidil

The post (Video) Dah Lanjut Usia Gigih Jual Air Kelapa, Pak Cik Ini Menangis, Tadah Tangan Berdoa Bila Terima Sedekah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments