(Video) ’Brightness’ Telefon Rendah, Gadis Kongsi Bapanya Rakam Rama-Rama Selama 30 Minit, Rupanya Salah Kamera

Tular di media sosial TikTok berkenaan seorang lelaki yang ingin merakam rama-rama dengan menggunakan kamera yang salah.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @putrissenita.

Pemilik video yang bernama Putri Senita Febrianti itu telah menceritakan perkongsian yang dibuatnya pada hari Jumaat lalu.

Menurut penjelasannya, video tersebut pada awalnya diambil oleh bapanya yang bernama Nyoman Didit di halaman rumah mereka.

Wanita yang tinggal di daerah Badung, Bali ini kemudiannya menjelaskan kisah lengkap berkenaan di sebalik video tersebut.

Putri menjelaskan bahawa bapanya itu pada awalnya telah membuat video tersebut untuk merakam rama-rama.

“Pada waktu itu, sekitar jam 7 atau 8, ayah saya memang suka melihat tanaman, menyiram tanaman pada awal pagi.”

“Kerana dia memang suka merakam sesuatu secara rawak, lepas saja ternampak rama-rama, dia terus keluarkan telefon bimbitnya untuk membuat video rama-rama itu,” kata Putri.

“Waktu itu cuaca sangat baik dan rama-rama pun terbang di sekitar tanaman kami sahaja, mereka tidak terbang jauh-jauh,” tambahnya.

Mengetahui bahawa ayahnya sedang membuat rakaman berkenaan rama-rama itu, Putri telah mengambil inisiatif untuk mengambil video.

“Pada masa itu, saya juga merakamkan ayah saya dan sambil sedang melihat rama-rama itu dirakamkan,” ujarnya.

Dari perkongsian tersebut, difahamkan bahawa Didit tidak menyedari bahawa dia telah menggunakan kamera yang salah.

Ianya kerana tahap kecerahan skrin telefon bimbitnya pada ketika itu sangat gelap.

“Ayah saya tidak nampak bahawa kamera yang digunakan itu adalah kamera depan, kerana brightness telefon bimbitnya sangat gelap, dan sinar matahari juga mungkin membuatnya silau,” kata Putri.

Selanjutnya, ketika dia mengetahui bahawa hasil rakaman yang dirakam bapanya itu tidak seperti apa yang dijangkanya, bapanya terus ketawa.

Dia juga turut menyatakan bahawa bapanya itu telah merakam video tersebut selama 30 minit.

Namun kerana ingin memuat naik video itu ke dalam TikTok, dia terpaksa memendekkan video tersebut.

Video yang dikongsikannya itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 8 juta kali.

@putrissenita

dahlah mana videonya 30 menitan #foryou #fyp

♬ Bahasa Kalbu – T r i k🧕🏼

Sumber: Tribun

The post (Video) ’Brightness’ Telefon Rendah, Gadis Kongsi Bapanya Rakam Rama-Rama Selama 30 Minit, Rupanya Salah Kamera appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments