(Video) “Bila Orang Sebelah Kita Bersin Tapi Tak Pakai Mask”, Aksi Meow Buat Muka ‘Cuak’ Bikin Netizen Terhibur

Kucing selalu buat riak muka yang berbagai-bagai mengikut situasi. Kadang-kadang comel, garang, muka ‘kesian’, lapar dan sebagainya.

Bagi siapa yang membela kucing, mesti dah ‘faham’ setiap riak muka itu ada maksudnya tersendiri.

Tapi seperti kucing dalam video ini, si comel ini membuat gaya mata yang kelakar. Seolah-olah macam sedang takut dan terkejut.

Twitter Bulu Bulu Kehidupan kongsikan video ini daripada Instagram Marley.

“Bila orang sebelah kita batuk dan bersin tak pakai mask..” begitulah gambaran reaksinya daripada mata kucing ini.

Sumber: Twitter Bulu Bulu Kehidupan / Instagram

The post (Video) “Bila Orang Sebelah Kita Bersin Tapi Tak Pakai Mask”, Aksi Meow Buat Muka ‘Cuak’ Bikin Netizen Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments