(Video) “Anak Tumbuk Pun Dah Tak Sakit”, Lenguh Bahu Disuntik Vaksin Hilang Dalam Tempoh 48 Jam

Sejak negara kita ‘menyambut’ ketibaan vaksin Pfizer baru-baru ini, muncul pelbagai spekulasi liar daripada pihak tertentu yang mendakwa cecair tersebut berisiko mendatangkan keburukan.

Ia ditambah lagi dengan stigma-stigma pelik yang sudah tentu sangat ‘terpesong’ jauh daripada tujuan asalnya.

Namun semua spekulasi itu terbatal apabila beberapa individu terawal yang menerima suntikan dos vaksin tersebut, termasuklah perdana menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa mereka tetap kekal sihat seperti biasa, tiada sebarang kesan buruk berlaku.

Dalam masa sama, seorang pengamal perubatan yang juga pakar perubatan kecemasan, DrSazOne juga turut berkongsi rakaman video ketika menerima dos tersebut dan apa yang berlaku dalam tempoh 24 jam dan 48 jam selepas divaksinasi. Mari ikuti perkongsian ini.

Jelas doktor ini, suntikan itu tidak sakit pun sebenarnya. Katanya macam dicubit oleh isterinya sahaja.

Sebelum ini pun Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjelaskan bahawa ‘tiada rasa apa-apa pun’. Ini bermakna suntikan itu sama seakan suntikan rawatan yang biasa diberikan oleh petugas kesihatan.

Maka dengan itu, doktor ini menyeru kepada kita semua untuk tidak melepaskan peluang mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

Tidaklah sukar manapun, pendaftaran boleh terus dibuat menerusi aplikasi MySejahtera. Segalanya hanya di hujung jari.

Selepas 48 jam, anak siap boleh tumbuk

Dalam pada itu, doktor ini ada berkongsi satu lagi situasi terkini berkenaan keadaan dirinya selepas 48 jam menerima suntikan vaksin Pfizer.

Kali ini, sekali lagi doktor ini membuktikan tentang betapa selamatnya kesihatan tubuh badannya selepas divaksinasi.

Malah katanya, beliau sanggup ‘meminjamkan’ bahunya kepada anaknya untuk dijadikan ‘punching bag’, ianya bertujuan untuk membuktikan bahawa tiada kesan buruk yang berlaku di kawasan tempat disuntik mahupun seluruh badan.

Soal jawab warganet bersama doktor

Dalam pada itu, ramai warganet begitu teruja untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada doktor bagi memahami dengan lebih mendalam tentang vaksin ini.

Jom ikuti soal jawab di bawah ini satu-persatu.

Rekod vaksinasi

Comorbidities dalam MySejahtera tu penyakit apa?

Kalau ada alergic, macam mana?

Ibu menyusu boleh ke?

Kalau ada asthma, perlu declare ke?

Imunisasi badan kita kuat ke lepas disuntik?

Pesakit asthma selamat ke nak kena vaksin ni?

Allergic mata macam mana?

Vaksin COVID-19 dengan Hepatitis B mana lagi sakit?

Lenguh beransur hilang

Sumber: Twitter @drwaque

The post (Video) “Anak Tumbuk Pun Dah Tak Sakit”, Lenguh Bahu Disuntik Vaksin Hilang Dalam Tempoh 48 Jam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments