(Video) Abang Askar ‘Rebah’, Menangis Depan ‘Bakal Mertua Tak Jadi’ Lihat Kekasih Sendiri Jadi Milik Orang Lain

Siapa yang tak sedih kan apabila melihat kekasih sendiri yang bertahun-tahun kita menyulam cinta bersamanya menjadi milik orang lain?

Sudah tentu juraian air mata akan menjadi peneman, menangisi setiap detik dan waktu ‘meredhai’ perpisahan yang berlaku di depan mata.

Itulah onak duri dalam percintaan. Pernah pepatah menyebutkan, tak semua yang kita suka akan menjadi milik kita.

Baru-baru ini tular di TikTok video seorang lelaki dipercayai anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang sedih kekasihnya sudah bernikah.

Jika selama ini dia gagah perkasa di medan perang, akhirnya kali ini dia tersungkur ke bumi bersama kecewa dan air mata.

@tiiya09

Kok nyesek🥺🥺 #fypforyouforyoupage #fyp #Pengantin

♬ original sound – iis.iskandar73 – iis.iskandar73

Difahamkan, lelaki berkenaan bersujud menangis di kaki bakal mertuanya yang ‘tidak jadi’ itu. Kelihatan mereka berasa memahami perasaan lelaki berkenaan pada waktu itu.

Turut memedihkan lagi, tangisannya itu disaksikan sendiri oleh bekas kekasihnya yang sudah menjadi milik orang di atas pelamin.

Terurai air mata, terlerailah mahligai cinta. Seharusnya lelaki itu perlu kuat menerima takdir yang terjadi.

Situasi itu turut mendapat maklum balas duka daripada netizen, rata-rata mendoakan agar ‘kehilangan’ milik lelaki itu dapat digantikan dengan sesuatu yang lebih baik satu masa nanti.

Sumber: Indozone / TikTok

The post (Video) Abang Askar ‘Rebah’, Menangis Depan ‘Bakal Mertua Tak Jadi’ Lihat Kekasih Sendiri Jadi Milik Orang Lain appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments