Tertidur Masa Tengah Buat Kerja Sekolah, Kanak-Kanak Terkejut Tengok Kesan ‘Cetakan’ Cicak Di Pipi

Selain lipas, sesetengah orang juga takut dan geli dengan kehadiran cicak di dalam rumah.

Mungkin cicak itu boleh ‘dihilangkan’ dari pandangan tetapi bayangkan jika anda tertidur di atas haiwan itu tanpa disedari.

Sama seperti yang dilalui oleh seorang kanak-kanak lelaki dipercayai di Taiwan ini yang terkejut melihat cicak di atas bukunya.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter, kanak-kanak itu terlalu kepenatan kerana melakukan kerja sekolah sehingga tertidur.

Pun begitu, dia langsung tidak menyedari dan merasai cicak itu berada di bawah pipinya sehingga apabila dia sedar, terdapat kesan ‘cetakan’ cicak pada pipinya.

เด็กชายชาวไต้หวันเผลอหลับในระหว่างทำการบ้าน หลังตื่นมาจึงรู้ว่าตัวเองนอนเอาหน้าทับจิ้งจก…

Posted by The Skunk on Wednesday, February 24, 2021

 

Sumber: The Skunk

The post Tertidur Masa Tengah Buat Kerja Sekolah, Kanak-Kanak Terkejut Tengok Kesan ‘Cetakan’ Cicak Di Pipi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments