TERKINI: PKP 2.0 Dilanjutkan Dari 5 Hingga 18 Feb Di Seluruh Negara, Kecuali Sarawak- Ismail Sabri

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 akan dilanjutkan di seluruh negara kecuali Sarawak.

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara bermula daripada 5 hingga 15 Februari kecuali Sarawak yang kekal dengan PKPB (kecuali kawasan PKPD),” katanya.

Menurutnya PKP 2.0 ini berbeza dengan PKP 1 yang kali pertama pernah diperkenalkan dulu di mana PKP 1 tiada pergerakan dan tidak dibenarkan keluar rumah.

Namun PKP 2.0 ini memperlihatkan sektor ekonomi dibuka. Walau bagaimanapun, tegasnya, SOP yang dikeluarkan adalah ketat.

“Untuk sambungan PKP 2.0 ini, kita akan meneruskan SOP-SOP yang lebih ketat lagi,” jelasnya.

Tambahnya lagi, MKN kini sedang meneliti dan akan mengadakan mesyuarat teknikal bersama KKM berkaitan dengan permohonan pembukaan semula pelbagai sektor perniagaan.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan)

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. (2 Februari 2021)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, February 1, 2021

 

Sumber: RTM

The post TERKINI: PKP 2.0 Dilanjutkan Dari 5 Hingga 18 Feb Di Seluruh Negara, Kecuali Sarawak- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments