
Putrajaya, 4 Feb – Kerajaan membenarkan pasar malam, kedai gunting rambut dan kedai cuci kenderaan beroperasi.
Menurut kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri, operasi kesemua perniagaan itu hendaklah mengikut prosedur operasi standard yang ketat.
Jelasnya, pasar malam boleh beroperasi daripada pukul 4 petang manakala jarak antara gerai hendaklah sekurang-kurangnya satu meter serta hanya laluan keluar masuk sehala sahaja dibenarkan.
Infografik Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Pada 4 Februari 2021.
Pengoperasian Pasar Malam.#MinDefMalaysia pic.twitter.com/VAXkHFpmAs
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) February 4, 2021
Sementara itu, operasi kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. Bagaimanapun, hanya perkhidmatan menggunting sahaja dibenarkan manakala prosedur rawatan kecantikan adalah dilarang.
Selain itu, pengusaha perlu mengikut SOP ketat seperti memakai topeng muka dan pelindung muka (face shield), sarung tangan serta apron pakai buang bagi setiap pelanggan.
Pengusaha juga perlu mencuci peralatan digunakan dengan air panas setiap kali selepas menggunting rambut pelanggan, katanya.
Infografik Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Pada 4 Februari 2021.
Pengoperasian Kedai Gunting Rambut/Salun.#MinDefMalaysia pic.twitter.com/tqij4nmrq9
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) February 4, 2021
Sementara itu, operasi cuci kereta juga dibenarkan sehingga jam 10 malam.
Infografik Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Pada 4 Februari 2021.
Pengoperasian Pusat Cuci Kereta.#MinDefMalaysia pic.twitter.com/Gh7ii0Aoae
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) February 4, 2021
Kerajaan benarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan SOP ketat – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/r3ezBAc1Wq
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 4, 2021
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
The post TERKINI: Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut Dan Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Beroperasi Dengan SOP Ketat appeared first on Siakap Keli.
0 Comments