Penyampai Radio Terlibat Dalam Video Kontroversi Letak Jawatan Sebagai DJ HITZ Sarawak

Baru-baru ini kecoh tentang isu seorang DJ Hitz FM Sarawak yang didakwa memuat naik satu kandungan video di sebuah lama sosial viral.

Isi kandungan video berkenaan mencetuskan kontroversi, dimana netizen rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian majikannya, HITZ Sarawak yang mengeluarkan satu permohonan maaf dan DJ berkenaan digantung tugas sementara untuk siasatan lanjut.

DJ berkenaan kemudian turut mengeluarkan satu permohonan maaf dan menyatakan kekesalan diatas tindakannya.

Terkini, dalam perkongsian yang dibuat oleh HITZ, DJ berkenaan telah membuat keputusan berhenti kerja pada 22 Februari semalam.

Pengumuman mengejut tersebut dihebahkan menerusi satu hantaran di laman Facebook stesen radio itu malam tadi.

Gambar: Hitz FM Sarawak

Maklum balas warganet

Tindakan ‘pantas’ yang diambil penyampai itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Ada yang bersetuju, ada yang bersikap positif, malah ada juga yang ‘sebaliknya’.

Namun kebanyakannya memberi maklum balas positif dengan mengharapkan agar individu itu menyedari kesilapannya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Walaupun kontroversi yang tercetus itu telah mencalitkan arang ke wajahnya, namun ada pendengar setia stesen radio berkenaan mengakui bahawa keletah bicaranya di konti radio pernah menghiburkan mereka sebelum ini.

Ada juga yang berpesan supaya menjadikan kes ini sebagai iktibar, jangan mudah untuk menggelakkan kelemahan orang lain.

“Semua orang buat salah. Harap dia mengambil iktibar daripadanya..”

Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan bahawa dalam era media sosial ini, segalanya lebih terbuka dan tindak-tanduk kita akan cepat ditonton oleh warganet lain.

Maka jika berlaku kesilapan sama ada disengajakan atau tidak sengaja pun akan pantas tersebar menjadi isu panas yang semestinya tidak diingini.

Akhir kata, berhati-hatilah dalam segala tindakan dan belajarlah daripada kesilapan.

Sumber: Hitz FM Sarawak

The post Penyampai Radio Terlibat Dalam Video Kontroversi Letak Jawatan Sebagai DJ HITZ Sarawak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments