“Paru-Paru Kanan Penuh Jangkitan..” Pesakit Covid-19 31 Tahun Tenat, Tiada Penyakit Lain Kecuali Merokok

Peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sejak kebelakangan ini, ternyata membimbangkan ramai. Wabak ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Namun begitu, mereka yang berisiko akan lebih mudah djangkiti sekaligus membawa kepada komplikasi dan kematian akibat jangkitan Covid-19.

Menerusi perkongsian oleh Public Health Malaysia, kisah pesakit Covid-19 yang tidak mempunyai penyakit selain merokok mungkin boleh membuka mata individu di luar sana.

Ini kerana perokok juga mempunyai risiko untuk dijangkiti Covid-19 kerana berdasarkan kajian menunjukkan paru paru perokok mempunyai reseptor ACE2 yang lebih banyak berbanding bukan perokok.

Reseptor ACE 2 ini merupakan TAPAK bagi virus korona di mana risiko perokok untuk dijangkiti virus lebih tinggi berbanding bukan perokok.

“Doktor, kita ada terima satu lagi rujukan kes SARI (Severe Acute Respiratory Infection) , paru paru sebelah kiri bawa telah collapse, paru paru kanan telah penuh dengan jangkitan, oksigen hanya 67%”

“Pesakit ini muda, baru 31 tahun, tak ada penyakit lain kecuali MEROKOK” Ujian pantas RTK Ag dilakukan… sudah terang lagi bersuluh, memang confirm POSITIF Covid.

Pesakit tersebut sudah tercungap cungap bagaikan tidak cukup nafas. Bila bila masa sahaja dia boleh blackout. Tiada pilihan lain, doktor perlu beri bantuan pernafasan.

Permintaan terakhir pesakit, untuk membuat satu panggilan telefon video call dengan keluarga sebelum beliau direhatkan. Dalam Video call tu ada ibu bapanya, anak isteri dan adik beradik.
Tak sanggup dengar raungan tangisan ahli keluarga. Kami yang mendengar perbualan tersbeut turut sama sama sebak. Pesakit tidak dapat berkata apa apa, hanya memberi isyararat mata dengan air mata berlinangan.
Selepas perbualan ditamatkan, pesakit diberi bantuan pernafasan dan dihantar terus ke ICU. Dalam poket seluarnya masih ada kotak rokok yang berbaki.

Semoga pesakit terus kuat untuk melawan dan berjuang.

Tuan tuan, kajian menunjukkan paru paru perokok mempunyai reseptor ACE2 yang lebih banyak berbanding bukan perokok.

Reseptor ACE 2 ini merupakan TAPAK bagi virus korona. Risiko perokok untuk dijangkiti virus korona adalah lebih tinggi berbanding bukan perokok.

Mereka lebih berisiko untuk dapat covid tahap 5 & 5 dan risiko kematian juga meningkat.

Tuan tuan, inilah masa terbaik untuk berhenti merokok. layari https://jomquit.moh.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sumber: Public Health Malaysia

The post “Paru-Paru Kanan Penuh Jangkitan..” Pesakit Covid-19 31 Tahun Tenat, Tiada Penyakit Lain Kecuali Merokok appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments