OPPO Buat Tawaran Gila-gila, OPPO Reno5 Series 5G Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM 53

Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak berapa best disebabkan pandemic Covid-19, korang mungkin agak ‘berkira’ untuk mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu, contohnya sebuah smartphone baru.

Tapi, bila sampai masanya, nak tak nak, smartphone kena tukar jugak. Apatah lagi kalau smartphone yang korang guna tu prestasinya semakin perlahan dan tak lagi berbaloi nak diguna pada 2021.

Ataupun, korang nak beli smartphone untuk anak atau adik-adik korang yang masih dibangku sekolah. Yelah, dengan norma baru, mereka kini mengikuti pengajian secara atas talian dari rumah ataupun disebut sebagai PdPDR kan.

Alangkah baiknya kalau waktu-waktu mendesak macam ni, korang dapat beli sebuah smartphone serba baru, tapi tak perlu keluarkan duit yang banyak kan.

Berita baik untuk korang semua, OPPO Malaysia mendengar keluhan rakyat Malaysia lalu mereka hadir dengan penawaran menarik, iaitu promosi pembelian OPPO Reno5 Series 5G melalui kerjasama dengan syarikat telco iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Untungnya korang, melalui pakej yang ditawarkan, korang boleh memiliki smartphone terbaru OPPO pada harga yang sangat-sangat mampu milik. Jom cek sama-sama kat bawah.

Plan MEGA TM Lightning XL oleh Celcom

Korang boleh memiliki OPPO Reno5 5G secara percuma dengan hanya melanggan Plan MEGA TM Lightning XL oleh Celcom. Tapi korang kena cepat la, sebab harga RM0 ini hanya terhad untuk 4,000 unit OPPO Reno5 5G je okay.

Untuk memiliki OPPO Reno5 Pro pula, dengan harga serendah RM53 sebulan dan langganan Plan MEGA TM Lightning XL je korang dah boleh dapat nikmati kehebatan peranti terbaru OPPO ni. Plan MEGA TM Lightning ini cuma berharga RM 188 je sebulan.

Paling best, plan ini juga menawarkan kuota data berkelajuan tinggi sebanyak 80GB sebulan, panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan caj RM0.20 per SMS.

Plan Maxis Postpaid 128 & 158 oleh Maxis

Tawaran dari Maxis ni pun boleh tahan gempak juga. Dengan melanggan Maxis Postpaid 128, korang boleh memiliki OPPO Reno5 5G pada harga RM1 sahaja.

Korang juga akan mendapat kuota data berkelajuan tinggi sebanyak 60GB sebulan (maksimum 2 perkongsian line) selain SMS dan panggilan suara percuma tanpa had.

Maxis juga menawarkan plan Maxis Postpaid 158 dan korang boleh dapatkan OPPO Reno5 Pro 5G dengan harga RM1 dengan plan langganan ini. Kalau korang pilih plan ini, kuota data berkelajuan tinggi yang korang dapat adalah 80GB (maksimum 3 perkongsian line) selain SMS dan panggilan suara percuma tanpa had.

Untuk kedua-dua plan ini, caj perkongsian line baru hanyalah RM48 sebulan.

Plan Digi Postpaid 120 oleh Digi

Kalau korang pilih nak langgan plan Digi Postpaid 120 pula, korang boleh memiliki OPPO Reno5 5G pada harga RM38 dan OPPO Reno5G Pro 5G pada harga RM 68.

Melalui plan ini, korang juga diberikan kuota data 2x60GB internet sepanjang hari, panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian, kuota data 5GB untuk roaming, panggilan suara selama 60 minit untuk roaming, panggilan suara IDD selama 60 minit dan kuota data 3GB untuk rollover.

Fuhhh, banyak betul Digi bagi. Memang berbaloi sangat-sangat.

Plan U Mobile Unlimited HERO P139 oleh U Mobile

OPPO Reno5 5G juga boleh dimiliki pada harga serendah RM 299 jika melanggan plan U Mobile Unlimited HERO P139.

Apa yang korang dapat dari plan ini adalah data berkelajuan tinggi tanpa had, kuota data 100GB untuk hotspot, panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan juga pengstreaman video HD tanpa had.

Untuk plan ini korang kena cepat juga, sebab ia cuma ditawarkan untuk tempoh di antara 13 Januari sehingga 30 April je okay.

Promosi hebat di DirectD dan Senheng

Bukan setakat syarikat telco je, kalau korang beli OPPO Reno5 Series 5G di mana-mana cawangan DirectD, korang akan dapat 7 hadiah percuma! Wow, banyak tu! Selain dari tu, ada juga diskaun tambahan 10% untuk pembelian produk IOT OPPO, seperti OPPO Watch, earbuds OPPO Enco dan sebagainya.

Senheng pun tak kurang hebatnya! Dengan pembelian OPPO Reno5 Series 5G di cawangan Senheng, korang akan dapat hadiah percuma OPPO Enco W11 dan phonecase eksklusif OPPO. Senheng juga turut menawarkan diskaun 10% untuk pembelian produk IOT OPPO.

Macam mana, berbaloi kan semua plan yang ditawarkan oleh OPPO dan syarikat ni. Dapat smartphone baru dan macam-macam lagi.

Apa yang best dekat OPPO Reno5 Series 5G ini?

OPPO Reno5 Series 5G hadir dengan penggunaan skrin Amoled 6.5 inci Curved 2400 x 1080 FHD+, fresh rate 90Hz untuk Reno5 Pro 5G dan Amoled 6.4 inci 2400 x 1080 FHD+, fresh rate 90Hz untuk Reno5 5G. Warna yang didatangkan juga memang unik, iaitu Galactic Silver yang boleh bertukar warna dari setiap sudut dan Starry Black yang elegan dan sleek.

Kedua-duanya hadir dengan tetapan 4 kamera belakang atau Quad Cameras iaitu 64MP + 8MP + 2MP + 2MP. Manakala untuk kamera selfie jenis punch-hole pula, ia hadir dengan tetapan kamera 32MP (IMX616).

Dengan kamera yang power, macam-macam fungsi OPPO Reno5 Series 5G tawarkan antaranya Dual-view Video iaitu keupayaan untuk merakam menggunakan kamera belakang dan hadapan secara serentak, Live HDR Video iaitu pencahayaan sempurna, tidak terlalu terang ketika merakam video di siang dan Ultra-Night Video yang membantu mendapatkan rakaman berkualiti tinggi ketika dalam situasi gelap atau malam.

Dari segi kekuatan bateri pula, Reno5 Pro 5G mempunyai bateri bersaiz 4350 mAh dan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 10V 6.5A 65W yang boleh mengecas penuh dalam masa 35 minit sahaja!

Manakala untuk Reno5 5G pula, ia hadir dengan bateri bersaiz 4300 mAh dan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 10V 6.5A 65W yang boleh juga fully charge dalam masa 35 minit sahaja.

Kedua-dua model menggunakan Android 11 dan sistem operasi ColourOS 11. Dari segi cipset pula, bagi Reno5 Pro 5G, ia diperkuat dengan cipset Mediatek 1000+ 5G manakala Reno5 5G pula diperkuat dengan cipset Snapdragon 765G 5G.

Untuk saiz memori pula, Reno5 Pro 5G ditawarkan dengan memori bersaiz 12GB RAM + 256GB ROM. Bagi Reno5 5G, memori yang ditawarkan adalah 8GB RAM + 128GB ROM.

So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat ke pusat perkhidmatan telco untuk pilih plan yang korang berminat dan dapatkan OPPO Reno5 Series 5G segera.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke link di bawah atau layari laman web dan Facebook OPPO Malaysia.

Sengheng:

  1. OPPO Reno5 5G: http://bit.ly/2LcqWhB
  2. OPPO Reno5 Pro 5G: http://bit.ly/3cBqrcj

DirectD:

  1. OPPO Reno5 Series 5G: http://bit.ly/3ri5ur6

Celcom:

  1. OPPO Reno5 5G: http://bit.ly/3oD4Qm8
  2. OPPO Reno5 Pro 5G: https://bit.ly/3iVPJTt

Digi:

  1. OPPO Reno5 5G: https://bit.ly/2YHEpRy
  2. OPPO Reno5 Pro 5G: https://bit.ly/39J6XRb

Maxis:

  1. OPPO Reno5 5G: http://bit.ly/3co0Fbl
  2. OPPO Reno5 Pro 5G: http://bit.ly/2YmYbln

U Mobile:

  1. OPPO Reno5 5G: https://bit.ly/3pIL0r9

The post OPPO Buat Tawaran Gila-gila, OPPO Reno5 Series 5G Kini Boleh Dimiliki Pada Harga Serendah RM 53 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments