Murid Pra-Sekolah, Tahun 1 & 2 Akan Hadir Ke Sekolah Bermula 1 Mac Ini – Men. Pendidikan

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin, memaklumkan bahawa murid bagi pra sekolah, tahun satu dan tahun dua akan hadir ke sekolah bermula pada 1 Mac 2021.

Menurutnya, murid bagi tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 pula akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac 2021.

“Seperti yang kita tahu, murid-murid ini pada tahun lepas, jumlah hari mereka bersekolah secara bersemuka adalah amat terhad.

“Ini juga akan memberi ruang kepada guru-guru untuk membiasakan anak-anak ini dengan SOP baru di sekolah,” katanya.

Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan.

Sidang Media Pembukaan Sekolah Bawah KPM oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin.

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Friday, February 19, 2021

Sumber: RTM

The post Murid Pra-Sekolah, Tahun 1 & 2 Akan Hadir Ke Sekolah Bermula 1 Mac Ini – Men. Pendidikan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments