“Mudah Nak Cari Semula”, Cikgu Kongsi Cara Guna Google Form ‘Step by Step’, Lebih Senang Kutip “Home work” PdPR

Dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini, semua guru dan pelajar perlu menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR).

Pengajaran dan pembelajaran ‘alaf baharu’ ini memperlihatkan guru dan pelajar perlu menggunakan gajet atau teknologi maklumat yang terkini.

Pun begitu, tidak semua yang mahir dalam menggunakan teknologi maklumat tersebut, termasuk apabila para guru perlu mengumpulkan tugasan pelajar.

Selain menggunakan Google Classroom, guru-guru dan pelajar juga sebenarnya boleh menggunakan Google Form untuk memudahkan penghantaran dan pengumpulan tugasan.

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Afiffi di bawah ini mengenai penggunaan Google Form tersebut.

Bagaimana saya mengumpul tugasan pelajar Pdpr setiap hari dengan mudah dan tidak bercampur-campur? Tanpa guna Whatsapp atau Telegram. (Gila kau, penuh hanpon cikgu nanti)

Ni mesti kes tak pakai Google Classroom kan? Takpe, tak semua cekap Google Classroom. Tapi sekurang-kurangnya jangan lah semakkan Telegram dan Whatsapp cikgu-cikgu dengan tugasan murid.

Saya pakai Google Form sahaja. Buat satu Googleform yang ringkas untuk pelajar upload bahan. Bahan tersebut akan tersimpan dalam Google Drive dan yang penting mudah untuk dicari semula.

Saya tunjukkan kaedah saya.

Ini yang pelajar dapat bila kita beri link. Mereka ambil gambar tugasan pakai fon, dan “Add File” sahaja.

Buka Google Form, hanya letak question”
1. Nama
2. File upload

Itu sahaja. Yang penting tarikh tugasan laa

Haaa, yang ni selalu salah. Bila kita nak share link Google Form, tekan button yang ini sepatutnya

Hantarkan link Google Form tu guna link. Copy yang ini dan hantar ke group pelajar

Dan kita menunggu sambil membebel.. “Mana ni, baru 10 orang je yang hantar”

Sebab kita boleh tengok on the spot siapa yang dah hantar

Yang ni kita boleh tengok hasil tugasan yang diorang dah hantar. Nak tengok sorang-sorang boleh, nak tengok keseluruhan pun boleh. (Adoi lupa hide nama)

Tekan yang ni kalau nak tengok keseluruhan tugasan

Hambik kau. Secara umum, boleh nampak la budak punya tugasan. (Kut ada yang salah hantar gambar kucing ke, boleh terus tegur)

Part ni paling best. Untuk tugasan kelas lain atau hari lain, hanya perlu copy sahaja Google Form tadi, dan rename sahaja. So seperti gambar, nah tugasan setiap hari Pdpr. Kalau nak cari semula tugasan tarikh tersebut, tekan sahaja form pada tarikh yang dikehendaki.

So, kalau banyak tugasan yang cikgu beri, banyak laa Google Form nak kena ada. Tapi itu yang memudahkan guru mencari tugasan tersebut.

Takmau bagi serabut, asinglah form yang banyak-banyak tu ikut kelas. Hohooo

Diharapkan perkongsian cikgu Mohd Afiffi ini boleh membantu guru-guru yang lain, selepas ini tak perlulah tugasan tersebut dimuatnaik di dalam WhatsApp atau Telegram.

Cikgu Mohd Afiffi juga membuat video khusus untuk mengajar fizik, anda boleh mengikutinya di Youtube.

Sumber: Mohd Afiffi

The post “Mudah Nak Cari Semula”, Cikgu Kongsi Cara Guna Google Form ‘Step by Step’, Lebih Senang Kutip “Home work” PdPR appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments