Lelaki Ditahan Selepas Tular Aksi Jijiknya Meludah Dalam Roti Nan Diulinya Untuk Jamuan Kenduri Kahwin

Seorang lelaki di India ditahan polis selepas video aksi jijiknya meludah air liur ke atas roti naan yang sedang diuli tular di media sosial.

Memetik sumber laporan, pada awalnya lelaki berkenaan dipercayai sedang bertugas menguli roti sebagai juadah santapan tetamu dalam sebuah majlis perkahwinan di Aroma Garden, Meerut baru-baru ini.

Bagaimanapun dia bertindak di luar jangkaan apabila didakwa sengaja meludah ke atas permukaan roti tersebut sebelum dimasukkan ke dalam tembikar.

Berdasarkan pemerhatian, tujuannya berbuat demikian adalah dipercayai bagi membasahkan roti itu supaya dapat dilekatkan di dinding tembikar yang panas berkenaan.

Aksi jijik itu dirakam oleh seorang individu yang dipercayai turut berada tidak jauh dari lokasi kejadian dan tular ke media sosial sehingga tiba ke pengetahuan pihak polis wilayah Meerut.

Akhirnya lelaki terbabit ditahan atas kesalahan di bawah Akta Penyakit Epidemik kerana tidak mematuhi protokol kebersihan penyediaan pemakanan, lebih-lebih lagi ketika musim pandemik COVID-19 kini.

Difahamkan, lelaki itu bakal dikenakan hukuman sekurang-kurangnya tiga tahun penjara sekiranya disabit kesalahan.

Sumber: Foof NDTV / Twitter

The post Lelaki Ditahan Selepas Tular Aksi Jijiknya Meludah Dalam Roti Nan Diulinya Untuk Jamuan Kenduri Kahwin appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments