Lelaki Dilapor Temui Terowong Di Bawah Rumahnya, Dipercayai Berusia Lebih 1,000 Tahun

Seorang lelaki dilaporkan menemui sebuah terowong bawah tanah di rumahnya di luar bandar Louyang, China Tengah yang dipercayai wujud sejak Dinasti Song (960-1279). Menurut laporan, terowong berliku itu menghubungkan dengan setiap isi rumah di kampung berkenaan.

Lelaki yang bernama Jia Pengju, 75 tahun itu mendakwa dirinya menemukan pintu masuk terowong itu di rumahnya yang ditutup dengan batu bata dan kotoran tebal. Hal ini, dirinya dan anak perempuannya terpaksa mengambil masa hampir dua tahun untuk menggali terowong tersebut.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial China, terowong lama itu kelihatan rumiy dan berliku di mana hanya seorang sahaja yang dapat melalui laluan yang paling sempit.

Menurut jabatan peninggalan budaya tempatan, teroeong itu dipercayai dibina pada zaman Dinasti Song dan ia dianggarkan berusia seribu tahun. Laluan tersebut berkemungkinan digunakan sebagai pintu kecemasan untuk menyimpan makanan dan bersembunyi daripada musuh.

“Saya menggalinya untuk mengingatkan keturunan kita tentang kebijaksanaan orang dahulu,” kata Jia kepada media tempatan.

Sumber: Global Times

The post Lelaki Dilapor Temui Terowong Di Bawah Rumahnya, Dipercayai Berusia Lebih 1,000 Tahun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments