Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Lelaki Ini Kongsi Resipi Udang Mentega Telur Sarang

Buat penggemar makanan laut, menu udang mentega sarang telur pasti boleh membuatkan anda bertambah selera. Apa lagi jika ia menggunakan udang bersaiz besar dan isi manis, silap hari bulan tak cukup sepinggan nasi sekali hadap.

Pun begitu, hidangan ini lazimnya agak mahal jika dimakan di kedai atau restoran. Lebih puas jika buat sendiri di rumah dan nikmati bersama keluarga.

Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian saudara Wan Luqman di bawah.

Okay, seperti yang dijanjikan. Menu ni kalau kat kedai, kira menu mahal lah. 1 hidangan 20-30 ringgit lebih kurang.

Dah tak payah susah hati takut mahal nak makan kat kedai, kander kongsi resepi dan teknik ni boleh la buat untuk keluarga tersayang ya. Diselitkan sekali video untuk korang.

Resipi udang mentega

  • 8 ekor udang
  • 2 cawani minyak masak (boleh kurang kepada 1)
  • 3 sb mentega/marjerin
  • 1/2 sk gula
  • 1/2 sk serbuk pati ayam/garam
  • cili padi
  • daun kari
  • 4-5 biji kuning telur

Tips:

Untuk dapatkan hasil sarang yang cantik, pastikan kuning sahaja ya jangan ada yang putih. Pastikan api dalam keadaan sederhana tidak terlalu besar dan kecil. PENTING, pastikan minyak bersih / baru tau.

Pukul sampai dia kembang (boleh refer video yang kander edit ni). Minyak dan butter yang banyak tu lah untuk pastikan sarang tu cantik tau. Guna kuali yang besar dan ke dalam sikit untuk memudahkan proses mengacau / hawkers wok.

Insyaallah, kander doakan moga² lepas ni korang semua mesti boleh buat kat rumah tau. Lama tak buat menu ni, lenguh sikit tangan mengacau.

Salut udang dengan lada sulah dan nampla.

Gaulkan dengan sedikit tepung jagung.

Goreng sehingga garing.

Panaskan minyak dan cairkan mentega.

Kacau kuning telur seperti di dalam video.

*video boleh tonton di SINI.

Terus tuang ke atas udang dan biarkan ia sejuk sendiri.

Siap!

Posted by Wan LuQman on Tuesday, February 23, 2021

Sumber: Wan Luqman

The post Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Lelaki Ini Kongsi Resipi Udang Mentega Telur Sarang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments