“Warna Putih Lebih…”, Tak Sangka, Rupanya InI 7 Sebab Kenapa Banyak Kapal Terbang Dicat Warna Putih

Mungkin ada antara kita yang kerap menaiki kapal terbang, sama ada penerbangan antarabangsa mahupun domestik.

Justeru, pasti kita pernah tertanya-tanya, kenapa setiap badan kapal terbang itu dicat dengan warna putih, kan?

Untuk pengetahuan anda, kapal terbang dicat putih adalah disebabkan oleh banyak faktor yang mempengaruhinya.

Jangan tidak tahu, warna putih pada badan kapal terbang dapat membantu syarikat pemiliknya menjimatkan kos dalam jumlah yang banyak.

Mari ikuti penjelasan di bawah ini untuk keterangan lebih lanjut.

1. Suhu kekal sejuk

Kapal terbang terdedah agak lama di bawah panas terik matahari, jadi tidak mustahil haba yang diterimanya juga agak banyak. Maka sebab itulah, warna putih pada luar badannya berfungsi memantulkan semula cahaya tersebut agar tidak diserap menjadi haba yang panas.

2. Lindung daripada UV

Selain itu, cahaya matahari juga mengandungi sinaran UV yang berisiko menjejaskan keupayaan beberapa komponen kapal terbang. Jadi warna putih itu juga mampu membantu melindunginya daripada sinaran UV tersebut secara langsung.

3. Mudah mengesan masalah

Kapal terbang perlu diselenggara dengan rapi pada setiap masa. Jika berlaku masalah seperti kebocoran minyak, keretakan atau apa-apa kegagalan teknikal, ia lebih mudah dikesan pada luarannya yang berwarna putih itu.

4. Mudah dikesan jika terhempas

Dalam masa sama, warna terang membolehkan pihak keselamatan mudah untuk mengesan lokasinya sekiranya berlaku kecemasan seperti terhempas di hutan pedalaman mahupun di tengah lautan.

Berbeza sekiranya ia dicat dengan warna gelap, sudah pasti kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui jalan buntu ekoran sukar dikesan.

5. Jimat kos & tidak merugikan

Mana-mana syarikat penerbangan lebih gemar membeli kapal terbang yang berwarna putih kerana mereka tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mewarnakan logo mereka.

Selain itu, warna cat pada kapal terbang yang sentiasa terdedah dengan cahaya matahari akan cepat pudar. Jadi satu-satunya langkah penjimatan untuk mengelakkan daripada berbelanja besar dalam kos cat ialah mewarnakannya dengan cat putih.

Tidak kurang juga, kos mengecat kapal terbang agak tinggi. Dikatakan kos cat bagi keseluruhan badan kapal terbang menelan kos antara RM200,000 hingga RM800,000, bergantung pada saiznya.

Jadi apabila hanya dicat dengan warna putih, syarikat mampu menjimatkan kos berkali-kali ganda.

6. Tidak merugikan

Kapal terbang juga mengambil masa kira-kira dua minggu lamanya untuk dicat pada keseluruhan badan.

Tempoh yang panjang ini amat merugikan syarikat kerana banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan hanya kerana terpaksa ‘buang masa’ untuk mengecat sahaja.

7. Tidak menambah berat

Berdasarkan perkongsian juruterbang, Marie Stridh menerusi SAS, cat kapal terbang yang banyak juga berisiko menambah berat badan jentera mega tersebut.

Sebagai contoh, Boeing 737 menggunakan 180 kilogram cat dan ‘saudaranya’, Boeing 747 pula menggunakan sekitar 500 kilogram. Difahamkan, apabila semakin banyak cat yang digunakan, semakin bertambahlah lapisan dan berat kapal terbang tersebut.

Secara tidak langsung, ia memaksa juruterbang untuk ‘menekan minyak’ lebih kuat, sekaligus melibatkan kos bahan bakar yang tinggi.

Persoalan mengenai warna cat putih kapal terbang ini turut diajukan dalam rancangan kuiz ABC TV Iview seperti yang dipertontonkan di bawah ini.

Why are planes painted white? | QI – Wednesdays 10.20pm

Shrinking seats isn't the only way airlines cut costs ✈

Posted by ABC TV + iview on Wednesday, December 9, 2020

Sumber: ABC TV / Simple Flying / Scandinavian Traveler

The post “Warna Putih Lebih…”, Tak Sangka, Rupanya InI 7 Sebab Kenapa Banyak Kapal Terbang Dicat Warna Putih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments